Saturday, 20 January 2018

KRONOLOGI PERKHIDMATAN SAYA SEBAGAI PENGAWAS PSS DARI TAHUN 2002 SEHINGGA TAHUN 2007

Saya dilantik sebagai ahli biasa bermula Februari 2002 melalui sesi temuduga yang dijalankan oleh exco PSS Tingkatan Enam Atas, saya menjadi ahli biasa sehingga Disember 2004. Sepanjang tempoh itu, saya bersama guru-guru PSS dan rakan seperjuangan bekerja keras dalam merealisasikan impian bekas Pengetua Kanan SMK Tendong Gred DG 54 iaitu Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj Wan Yaacob A.M.N. yang mahu melihat PSS SMK Tendong berjaya dalam pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan.


Antara kerja yang mengambil masa agak lama untuk dilaksanakan ialah perubahan kepada sistem peminjaman manual kepada Sistem Pengautomasian Pusat Sumber Sekolah (SPPSS). Sistem ini menggunakan “barcode” sepenuhnya kepada ahli dan buku-buku yang hendak dipinjam. Ahli-ahli yang hendak meminjam buku akan menyerahkan kad keahlian dan buku yang hendak dipinjam kepada kerani PSS atau Pengawas PSS untuk diimbas dengan menggunakan alat pembaca barcode. Sistem OPAC juga diperkenalkan untuk kegunaan ahli-ahli mencari buku melalui komputer. Sistem ini bukan mudah untuk kami laksanakan kerana kesemua ahli PSS SMK Tendong terdiri daripada pelajar, guru, dan kakitangan yang menghampiri jumlah 2000 orang. Bagi buku-buku di Unit Perpustakaan pula melebihi 2000 buah. Ketika itu, kami perlu mengemaskini data-data keahlian dan maklumat buku lama dan buku baharu. Buku lama dan rosak akan dilupuskan serta direkod. Bagi menyediakan buku untuk peminjaman kepada ahli-ahli bukan satu perkara yang mudah kerana perlu melalui banyak proses yang akan saya ringkaskan di bahagian seterusnya.



Selain itu, kekemasan dan keceriaan PSS dititik beratkan dengan menyusun atur kembali bahan bacaan, peralatan, perabot dan lain-lain lagi. Unit Perpustakaan juga mengamalkan konsep mesra pelanggan dengan menyediakan “tong buku selepas dibaca” untuk kegunaan ahli meletakkan buku yang telah mereka baca ke dalam tong tersebut tanpa perlu menyimpannya kembali. Konsep ini dilaksanakan kerana setiap buku mempunyai pengkelasan dan mempunyai sub pengkelasan tersendiri dikenali sebagai Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey. Kebanyakan pelajar kurang memahami sistem ini lalu meletakkan buku tersebut di tempat yang salah. Pengawas PSS ( Unit Perpustakaan ) mempunyai pengetahuan mengenai pengkelasan buku akan meletakkannya di tempat yang sepatutnya. Semua ini dilakukan sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan PSS di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Walaupun agak memenatkan tetapi kami berpuas hati kerana PSS SMK Tendong berjaya memenangi pertandingan peringkat negeri dan mewakili negeri Kelantan untuk pertandingan peringkat kebangsaan. 

ANUGERAH & PENGHARGAAN YANG DITERIMA OLEH SAYA DARIPADA PENGETUA KANAN SMK TENDONG

1.    Sijil Kecemerlangan Akademik untuk Ujian Bulanan 1 Tahun 2001
Keputusan : 5A, 3B, dan 1C

2.    Sijil Kecemerlangan Akademik untuk Ujian Bulanan 1 Tahun 2002
Keputusan : 5A, 3B, dan 1C

3.    Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 2, Mata Pelajaran Sejarah Tahun 2002.

4.    Anugerah Program NILAM (Program Membaca) PINGAT GANGSA : Apr 2003
*73 buah buku

5.    Anugerah Program NILAM (Program Membaca) PINGAT PERAK : Nov 2005
*205 buah buku

6.    Sijil Penghargaan PENGAWAS PSS sesi 2002 / 2003 : Nov 2005

7.    Sijil Penghargaan PENGERUSI UNIT PERPUSTAKAAN sesi 2004 / 2005 : Nov 2005

8.    Sijil Penyertaan Kursus Pengurusan Pengawas PSS : Feb 2007

9.    Sijil Penghargaan PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH sesi 2006 / 2007 : Nov 2007

10. Anugerah Pengawas PSS Cemerlang : Nov 2007


TEMPOH PERKHIDMATAN SAYA SEBAGAI PENGAWAS PSS SMK TENDONG

1.    Ahli Biasa : Februari 2002 - Disember 2004,

2.    Pengerusi Unit Perpustakaan : Januari 2005 - November 2005,

3.    Pengerusi Pusat Sumber Sekolah *: Januari 2007 - November 2007,

4.    Ahli Biasa di Perpustakaan Negara Malaysia : Nov 2010 – sekarang

5.    Ahli Biasa di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam : Okt 2013 -  sekarang


*Unit Perpustakaan + 35 Koridor PSS

KEJAYAAN YANG DIRAIH OLEH PSS SMK TENDONG

1.    Johan PSS Cemerlang, Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, Negeri 
Kelantan (2002)

2.    Johan Anugerah Sekolah sebagai Koridor Raya Maklumat Peringkat Negeri Kelantan (2002)

3.    Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan (2003)

4.    Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2004)

5.    Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan  (2005)

6.    Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2006)


(dipetik daripada Majalah Rasmi SMK Tendong IQRA') 

KEISTIMEWAAN PSS SMK TENDONG

PSS SMK Tendong mempunyai pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat. Maklumat-maklumat ini disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya berjumlah 35 buah. Selain bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan ICT. PSS menyediakan ‘access point’ untuk membolehkan capaian maklumat melalui internet dibuat menggunakan komputer di unit perpustakaan.


Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah menjadikan PSS SMK Tendong sebagai sebuah PSS cemerlang dan seterusnya sebagai “bench mark” kepada sekolah-sekolah sekitarnya. PSS SMK Tendong sering menerima kunjungan pelawat-pelawat kenamaan termasuklah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama dengan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan sebagai pengiring iaitu :



1.    Dato’ Dr Abdul Shukor Abdullah pada 17 November 1998,

2.    Tan Sri Abdul Rafie Mahat pada 16 Jun 2002,

3.    Ketua Jemaah Nazir Malaysia iaitu Hj Ahmad Zabidi B. Shamsuddin pada 8 September 2004.

4.    Dato’ Hj Ahamad Sipon pada 4 Disember 2005.

(dipetik daripada Majalah Rasmi SMK Tendong IQRA') 


PERKARA ANDA PERLU TAHU KELEBIHAN ORANG YANG PENDIAM

Orang yang pendiam ni sebenarnya pemalu dan pada masa yang sama, sukar untuk bercakap atau berbual dengan lancar. Hal ini kerana si pendiam ni kurang bercakap dan perkara yang ingin disampaikan itu tidak difahami oleh sesetengah pihak. Sebenarnya, orang yang pendiam ni cerdik tetapi apabila dalam hal perbualan mereka sangat lemah dan hanya mendengar sahaja perbualan rakan mereka yang membuatkan mereka menjadi pendiam. Itu adalah antara salah satu kelemahan orang yang pendiam. Tetapi, orang yang pendiam ini juga mempunyai kelebihan yang anda perlu contohi.


Antara kelebihan si pendiam ini ialah mempunyai pemikiran yang matang. Oleh kerana, semua orang tahu orang yang pendiam ini tak suka cakap dan adakala buat kerja, tak sibuk pasal orang lain. Tetapi, tahukah anda seorang yang pendiam ini tidak menimbulkan sebarang masalah atau suka berceloteh pasal orang lain. Ini adalah salah satu perkara yang kita patut contohi tentang orang yang pendiam ini.



Selain itu, orang yang pendiam ni sebenarnya seorang yang sabar. Walaupun, berapa banyak rintangan atau gelora yang dihadapi, si pendiam ni tetap sabar, cekal dan tabah. Betapa mulianya sifat orang yang pendiam ini. Tetapi, ingatlah bahawa segala masalah yang dihadapi pasti ada pelangi disebalik hujan yang lebat serta membuatkan anda lebih matang pada masa akan datang. Setiap perkara yang baik kita lakukan pasti akan dibalas dengan perkara yang baik.

JODOH DAN REZEKI CEPAT VS JODOH DAN REZEKI LAMBAT

“Heshhh! Kenapa jodoh aku lambat sangat eh? Umur dah masuk 26 ! kawan-kawan semua dah beranak pinak. Apa nak jadi dengan aku ni?”

Dan kebiasaannya orang-orang di luar sana selalu tanya soalan macam ni...

Kalau belum jumpa jodoh
“Kau ni memilih sangat ke ? kenapa tak jumpa-jumpa lagi calon suami / isteri ? kau nak tunggu jadi ‘season’ ke baharu nak kahwin?”

“Kau kahwin lambat-lambat ni, nanti dah berumur susah nak beranak tau !”

Kalau dah berkahwin
“Kau ni tak beranak-anak, kahwinnya dah lama. Kau merancang ke apa ni ?”

“Umur dah 35, anak kau baharu seorang ? Kalau kau tak percaya cakap aku... kau tengoklah lagi 2,3 tahun, confirm kau susah nak beranak lagi. Baik kau beranak banyak-banyak sekarang”



Kadang-kadang kita rasa macam nak cakap...

“Woi kamu semua ! Kalaulah aku tahu apa yang Tuhan dah takdirkan untuk aku, aku pun takkan biarkan diri aku single / tiada anak sampai ke hari ni.”

“Adakah kamu boleh ramal masa depan aku, setepat perancangan Tuhan aturkan perjalanan hidup aku ?”

“Adakah korang yakin bahawa aku akan susah untuk dapat anak sekiranya aku kahwin lambat ? Jodoh pertemuan, ajal maut, Rezeki dan rahmat itu kan di tangan Tuhan. Siapa kamu untuk menghakimi nasib aku ?”

“Sejauh mana kamu pasti, dapat anak awal / ramai akan menjamin masa depan yang cerah ? Korang tahu ke anak itu akan sihat sepanjang masa ? atau kamu pasti ke anak korang itu akan jadi orang yang berguna bila besar nanti ?”

Yalah, kita ni bukanlah nak mendoakan ya tak ? Bukan juga untuk menyinggung perasaan sesiapa. Tetapi cuba kita fikirkan perasaan orang yang kita perli dan soal bertubi-tubi itu.



Mereka yang berkahwin awal, punyai zuriat awal / ramai, bolehkah sesuka hati cakap macam itu sebab mereka rasa mereka lebih sempurna sebab dijodohkan awal, diberi rezeki zuriat awal dengan pasangan masing-masing. Tetapi kita kena ingat :

1.            Tuhan TIDAK janjikan pada manusia, sekiranya jodoh dia cepat, dia juga akan cepat dapat zuriat.

2.            Tuhan pun TIDAK janjikan sekiranya dia kahwin awal, dia dapat zuriat awal, tetapi jodoh dia akan berkekalan sehingga akhir hayat.

3.            Tuhan TIDAK pernah menjanjikan seseorang itu kahwin lewat,
maka segala-gala rezeki untuk dia akan jadi lewat dan tertangguh atau mungkin tak kesampaian langsung.

Hormatilah orang yang sedar bersabar dengan ujian Tuhan. Jangan kita tanya dia dengan bermacam-macam soalan yang lebih membuatkan dia tertekan seterusnya dia akan hilang pertimbangan waras akal dan buat benda yang bukan-bukan. Atau paling tidak, buat dia tidak percaya dengan takdir Tuhan. Nanti kita akan sama-sama share dosa itu.

           


Bercakap atau perli orang itu memang mudah. Kerana kita nampak nasib kita jauh lebih baik dari nasib dia. Itu yang kita nampak. Adakah kita tahu apa yang dah Tuhan aturkan untuk dia di masa hadapan ? Entah-entah, dia dapat pasangan yang jauh lebih baik dari kita. Anak dia lebih ramai dari anak kita. Anak-anak dia lebih cemerlang dari anak-anak kita. Rezeki dia jauh lebih murah dari rezeki kita. Walaupun dia kahwin lambat.

           
Jadi, mulai hari ini sama-sama elakkan mulut kita dari bertanyakan soalan-soalan macam itu pada orang lain. Terutamanya pada orang yang masih bujang atau yang masih belum dikurniakan anak. Hormati perasaan kita. Bagi saya, orang-orang dari golongan macam ini merupakan orang yang SANGAT TABAH dalam menerima Qada’ dan Qadar Tuhan. Di kala orang lain bergelak ketawa bersama suami dan anak-anak, mereka masih kuat untuk melawan rasa sunyi tanpa suami atau isteri dan anak-anak.


Siapa di dunia ini mahukan rasa sunyi ? Semua orang tidak mahu. Tetapi kalau sudah Tuhan aturkan untuk dia macam itu, siapa kita untuk menghakimi takdir tersebut ? Dan kita jangan lupa, entah-entah di masa depan, mereka jauh lebih bahagia dari kita.

JENIS MANUSIA DI PEJABAT

Kategori pertama : Manusia jenis rajin
Maka beruntunglah organisasi yang mempunyai staf yang rajin. Mereka datang awal, tak pernah merah apatah lagi ponteng. Kalau cuti rehat atau MC sikit-sikit tu biasalah. Rajin ini juga bermaksud mereka tidak menangguh-nangguh kerja. Kerja selesai dalam jangka waktu yang ditetapkan. Tidak mengular, makan dan minum tak pernah lebih 20 minit. Bagilah tugas apa pun, mereka akan laksanakan.


Kategori kedua : Manusia jenis malas
Staf yang malas berlawanan sifatnya dengan staf yang rajin. Staf yang malas ni suka melambat-lambatkan buat kerja. Suka mencuri masa (bertangguh). Datang lewat balik awal. Mengular. Makan kat kafe berjam-jam. Kadang-kadang staf yang malas juga hanya muncul pada waktu punch card kemudian ghaib dan muncul semula pada waktu punch out.




Kategori ketiga : Kaki bodek dan adu domba
Bangsa kaki bodek ni kat mana-mana pun ada. Kat ofis kamu pun mesti ada kan? Entah-entah kita sendiri tak? Hehehe. Orang yang dibodek dan diadu domba tentulah boss atau pegawai yang berautoriti.

Kenapa mesti bodek? Sebab, kalau kamu bodek baaiikk punya, kamu akan senang dapat kepercayaan, selalu dapat pujian, jadi orang kanan, markah tinggi walaupun kerja nan ado. Cara membodek? Selalu rapat-rapat, bila berborak jenis yang 'yes boss', sikit-sikit jumpa boss macam la dia sorang je yang buat kerja.

Kita boleh kenal kaki bodek ni. Tengok cara sengih pun boleh tau dia ni jenis ampu punya orang. Kipas tak ingat. Kaki bodek ni bolehlah dianggap sebagai parasit kerana ia akan menjadi liabiliti jika perangai bodek ini dah jadi amalan dalam organisasi.

Kesan bodek kepada organisasi : Boleh menyebabkan orang lain yang berhak, terlepas peluang peningkatan kerjaya. Siapa rugi? Boss la. Kalau kamu bodek untuk upkan diri kau sendiri takpe, ini kamu bodek untuk downkan orang lain.




Kategori keempat : Dengki dan menjatuhkan orang lain

Ini adalah bangsa puaka. Manusia jenis dengki ni memang busuk. Dia akan cari sebab atau alasan untuk menjatuhkan kamu sebab dia memang tak suka kamu. Ada saja nak cari salah kamu kat celah mana sekalipun termasuklah celah kelengkang dia.

Paling bangsat dia akan tabur fitnah. Dia juga suka memburuk-burukkan kamu tidak kira masa, selalunya dalam mesyuarat walaupun kamu tiada dalam mesyuarat tersebut. Dia akan tersenyum puas jika orang lain termakan kata-katanya. Dia akan rasa menang jika dia dapat buat kau sampai kamu jatuh terduduk.

Apakah kesan dengki ini kepada kamu? Sifat dengki dan benci yang berpanjangan juga merupakan penderaan mental. Kamu akan rasa down, hilang semangat dan motivasi, malu bertemu rakan sekerja lain selepas mengetahui banyak cerita buruk tentang diri kamu disebarkan oleh si pendengki.

Kamu juga boleh menjadi murung dan lebih kasihan jika kamu merasakan tiada nilai lagi pada diri kau lebih-lebih lagi si pendengki itu adalah orang yang berkuasa di pejabat. Rasa down ini boleh menjejaskan produktiviti. Lebih teruk jika ia dibawa balik ke rumah. Tak


pasal-pasal dingin dengan keluarga dan anak-anak akibat terlalu tertekan dengan keadaan di tempat kerja.Tidur tak lena, dek kerana asyik memikirkan beban emosi yang ditanggung.

Bagaimana nak berhadapan dengan orang yang dengki? Lawan. Lawan bukan dengan dengki atau kejahatan, tapi lawan dengan kebijaksanaan. Macam mana? Biarkan. Ikut rentak dia. Jangan balas apa-apa. Tunjukkan yang kamu tidak setara langsung dengan kebodohan dia. Ingat, diam itu pintar.

Tunjukkan bahawa kamu adalah orang yang lebih educated daripada dia. Bahawa dia bukanlah lawan yang setaraf dengan kau kerana kau lebih baik daripada dia. Banyakkan berdoa dan mengadu pada Allah. Percayalah, lambat-laun dia akan berubah.

Bagaimana dengan reputasi kau yang tercalar akibat perbuatannya? Apabila kebenaran terserlah, orang lain akan tahu perkara sebenar, dan mengikut detik waktu yang berlalu, maka akan pulihlah reputasi itu. Kena banyak bersabar, bersabar dan bersabar.

Ironinya, orang yang suka menjatuhkan orang lain biasanya rapat dengan boss. Kenapa ? Rujuk kategori ketiga.




Kategori kelima : Kepochi

Manusia jenis kepochi atau kepoh ni kadang-kadang jadi penghibur juga. Pantang ada skandal, dialah orang pertama yang scoop dulu. Lepas tu dia cerita kat orang lain perihal orang lain. Prihatin, katanya. Prihatin bontot kamu.

Orang kepochi@joyah ni senang cakap meningkatkan graf dosa kering kita la. Suka sangat bergossip dan mengumpat. Sementara nak tunggu pukul 5 tu sempat lagi mengata hal orang. Staf kepochi adalah golongan yang memang tak boleh simpan rahsia.


Kategori keenam : Bermuka-muka

Kalau dibagi pilihan orang yang macam mana harus dicampak ke neraka dulu, Bahaya kalau ada staf macam ni kat ofis.

Orang hipokrit adalah manusia yang tidak ikhlas. Depan kamu muka manis, belakang kamu rupanya dialah musuh dalam selimut. Konon baik dengan kita, ingat dia memang baik, rupa-rupanya baik ada makna. Dia jadi proksi orang lain untuk korek rahsia daripada kita. Dasar lidah bercabang.




Kategori ketujuh : Pak lawak

Dapat kawan yang suka buat lawak ni memang best. Dia ni la yang jadi tukang hibur staf. Ada saja idea kelakar dari kepala hotak dia. Suka mengusik orang, suka mengenakan orang, ceria je kita rasa kalau orang jenis lawak ni berada dekat dengan kita. Tapi awas, kadang-kadang mereka ni nampak je lawak, tapi sebenarnya hati sensitif. Mudah terasa pulak bila orang kenakan dia. Pulak. Kamu kenakan orang boleh. Yang penting, dalam setiap organisasi mesti ada pak lawak kan?


Kategori kelapan : Lurus bendul

Manusia jenis ni memang wujud, tapi jenis yang mengikut arahan dan jenis skema sikit kalau buat kerja. Jenis berstruktur. Kalau baca arahan tu jenis yang baca satu-satu perkataan ikut baris. Ye la, dah terbiasa buat algoritma haha. Orang yang lurus ni senang disuruh. Memang betul-betul menjunjung prinsip "Saya Yang Menurut Perintah" punya orang.




Kategori kesembilan : Vokal atau extrovert

Bukannya asyik menyanyi kerja dia, tapi jenis yang lantang bersuara. Kalau dalam mesyuarat dialah yang asyik tak puas hati itu ini. Komplen sana sini. Sampai kita dah boleh agak, kalau ada apa-apa mesyuarat, gerenti dia bagi pendapat atau cadangan atau komen atau rasa tak puas hati. Memang gerentilah! Tapi bagus jugak kalau ada staf yang berani bersuara. Kerana dengan adanya orang macam inilah keluhan yang selama ini tidak diendah, akan jadi minit dan disusuli tindakan. Kira hero juga orang yang vokal ni.

Kategori kesepuluh : Pendiam atau introvert

Orang yang pendiam ni memang agak sukar untuk ditelah hati budinya. Adakah dia diam sebab memang dia pendiam, atau adakah dia diam sebab dia tak suka bergaul (anti-sosial) atau adakah dia diam sebab dia ni nak spy kita. Kadang-kadang jugak staf yang introvert ni tak ambik pusing langsung hal sekeliling. Dia buat hal dia sahaja. Macam katak di bawah tempurung. Kalau ada kematian misalnya, dia akan tahu selepas arwah dah dikebumikan.


Kategori kesebelas : Baik


Hormat sesama staf, tak pernah menyakitkan hati orang lain, suka menolong dan tak berkira kerja. Orang macam ni memang mudah disayangi. Mana-mana pergi pun orang akan sayang. Kalau dia berpindah pun akan jadi kehilangan. Bertuah dapat kawan dengan orang yang baik. Moga-moga kita tergolong dalam orang yang baik-baik.

NUKILAN KHAS UNTUK ORANG YANG MENYAKITKAN HATI SAYA

DIA membenci saya,
DIA mengutuk saya,
DIA menyindir saya,
DIA memalukan saya di depan orang lain.

Tetapi semasa DIA meminta pertolongan daripada orang lain,
Tiada siapa yang mampu untuk menolongnya,
Ada yang mendiamkan diri,
Ada yang tidak mengendahkannya,
Ada juga yang merungut,
Cuma tinggal saya yang mampu untuk menolongnya,
Soal peribadi saya ketepikan walaupun banyak kali disakiti dan diaibkan,
Tetapi saya masih diberi kekuatan dalaman untuk menolongnya,
Kerana kejahatan jika dibalas dengan kebaikan,
Itu adalah perkara yang mulia dan terpuji.


24 April 2015 at 21:53

Senarai LIKE


1.    Absah Awang
2.    Ad Deenul Haq Memmy
3.    Aimuni Noni
4.    Arna Akmal
5.    Ayuni Atiqah
6.    Che Shemaa
7.    Cik Ateh
8.    Diana Al-Habshee
9.    Gegula Hatiku
10. Irra Nadhirah
11. KhairulMuslim Anuar
12. Mizatul Izzah
13. Mohd Basyir
14. Mohd Zulfadhli
15. Nur Hazlina
16. NurAiniey Mohd Noor
17. Nurul Haslidawani
18. Once Upon A Time
19. Prebet Sapu
20. Radzuan Zainuddin
21. Saifulruzi Mohamed
22. Shafiyyah Mohd Zin
23. Shasha Santibanez
24. Siti Nur Izzati
25. Siti Rostymar
26. Zatie Aqieza


KOMEN

1.    KhairulMuslim Anuar
Betul chua.. lama2 mari rasa malu la dia.
24 April 2015 at 22:00
( Absah Awang and I LIKE this comment )

2.    Shasha Santibanez
Sabar chua..
24 April 2015 at 22:03
(I LIKE this comment )

3.    ShamEem AhmAd
Hidup chua !
24 April 2015 at 22:30
(I LIKE this comment )

4.    Tiong Peng
Bersabar la dulu.
Kesusahan itu ialah tangga kejayaan.
24 April 2015 at 22:39
( Absah Awang and I LIKE this comment )
5.    Absah Awang
harap dia boleh sedar dan insaf .
24 April 2015 at 22:51
(I LIKE this comment )

6.    Gegula Hatiku
Sabar chua..
24 April 2015 at 23:30
(I LIKE this comment )

7.    Siti Rostymar
Alhamdulillah...Allah beri hati yg baik untuk Chua tlg dia
25 April at 07:52
( Absah Awang and I LIKE this comment )

8.    Absah Awang
orang baik pun orang sakit gak hati...kenapa dia ni baik, nak buli lah...hehe..hari ni dia buli orang, esok lusa anak cucu dia kena pulak...dia tak fikir ke..dunia berputar ligat
25 April 2015 at 07:55
( Ani Wahida and I LIKE this comment )

9.    Mizatul Izzah
ayat mkn dlm
27 April 2015 at 20:06
( Absah Awang and I LIKE this comment )

10. Cai Zhong An
hehe biasa la, komen kak ab lagi makan dalam.
27 April at 20:07
( Absah Awang and I LIKE this comment )