Ringkasan Laluan Kehidupanku


Saya melibatkan diri dalam bidang perpustakaan di SMK Tendong bermula pada tahun 2002 sebagai Pengawas PSS SMK Tendong. Pada tahun 2005, saya dilantik sebagai Pengerusi Unit Perpustakaan dan diberi peluang menganggotai barisan exco PSS yang terdiri daripada Pengawas PSS Tingkatan Enam Atas. Dua (2) tahun kemudian, saya diberi kepercayaan untuk mengetuai PSS SMK Tendong sebagai Pengerusi PSS SMK Tendong seterusnya menamatkan perkhidmatan pada penghujung tahun 2007.



Saya menyambung pelajaran di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh untuk Diploma Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia selama tiga (3) tahun bermula pada Julai 2009. Saya menjalani Latihan Praktis bermula pada Julai 2011 sehingga Mei 2012 di Hospital Raja Perempuan Zainab (II), Kota Bharu dan Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu. Kini, saya berada di tahun dan semester yang terakhir dan seterusnya dilantik sebagai penjawat awam selaku Penolong Pegawai Farmasi U29.



            Saya memilih tajuk “Siapa  Saya 10 Tahun Yang Lalu ?” kerana kisah suka duka hidup saya bermula sejak tahun 2002 sehingga sekarang. Tambahan pula, saya ada membaca sebuah buku yang bertajuk  “Siapa Kita 10 Tahun Lagi” hasil karya Hamiruddin Hamidi.

No comments:

Post a Comment