Kategori
pertama : Manusia jenis rajin
Maka beruntunglah
organisasi yang mempunyai staf yang rajin. Mereka datang awal, tak pernah merah
apatah lagi ponteng. Kalau cuti rehat atau MC sikit-sikit tu biasalah. Rajin
ini juga bermaksud mereka tidak menangguh-nangguh kerja. Kerja selesai dalam
jangka waktu yang ditetapkan. Tidak mengular, makan dan minum tak pernah lebih
20 minit. Bagilah tugas apa pun, mereka akan laksanakan.
Kategori
kedua : Manusia jenis malas
Staf yang malas berlawanan
sifatnya dengan staf yang rajin. Staf yang malas ni suka melambat-lambatkan
buat kerja. Suka mencuri masa (bertangguh). Datang lewat balik awal. Mengular.
Makan kat kafe berjam-jam. Kadang-kadang staf yang malas juga hanya muncul pada
waktu punch card kemudian ghaib dan muncul semula pada waktu punch out.
Kategori
ketiga : Kaki bodek dan adu domba
Bangsa kaki bodek ni kat
mana-mana pun ada. Kat ofis kamu pun mesti ada kan? Entah-entah kita sendiri
tak? Hehehe. Orang yang dibodek dan diadu domba tentulah boss atau pegawai yang
berautoriti.
Kenapa mesti bodek? Sebab,
kalau kamu bodek baaiikk punya, kamu akan senang dapat kepercayaan, selalu
dapat pujian, jadi orang kanan, markah tinggi walaupun kerja nan ado. Cara
membodek? Selalu rapat-rapat, bila berborak jenis yang 'yes boss', sikit-sikit
jumpa boss macam la dia sorang je yang buat kerja.
Kita boleh kenal kaki
bodek ni. Tengok cara sengih pun boleh tau dia ni jenis ampu punya orang. Kipas
tak ingat. Kaki bodek ni bolehlah dianggap sebagai parasit kerana ia akan
menjadi liabiliti jika perangai bodek ini dah jadi amalan dalam organisasi.
Kesan bodek kepada
organisasi : Boleh menyebabkan orang lain yang berhak, terlepas peluang
peningkatan kerjaya. Siapa rugi? Boss la. Kalau kamu bodek untuk upkan diri kau
sendiri takpe, ini kamu bodek untuk downkan orang lain.
Kategori keempat : Dengki dan menjatuhkan orang lain
Ini
adalah bangsa puaka. Manusia jenis dengki ni memang busuk. Dia akan cari sebab
atau alasan untuk menjatuhkan kamu sebab dia memang tak suka kamu. Ada saja nak
cari salah kamu kat celah mana sekalipun termasuklah celah kelengkang dia.
Paling
bangsat dia akan tabur fitnah. Dia juga suka memburuk-burukkan kamu tidak kira
masa, selalunya dalam mesyuarat walaupun kamu tiada dalam mesyuarat tersebut.
Dia akan tersenyum puas jika orang lain termakan kata-katanya. Dia akan rasa
menang jika dia dapat buat kau sampai kamu jatuh terduduk.
Apakah
kesan dengki ini kepada kamu? Sifat dengki dan benci yang berpanjangan juga
merupakan penderaan mental. Kamu akan rasa down, hilang semangat dan motivasi,
malu bertemu rakan sekerja lain selepas mengetahui banyak cerita buruk tentang
diri kamu disebarkan oleh si pendengki.
Kamu
juga boleh menjadi murung dan lebih kasihan jika kamu merasakan tiada nilai
lagi pada diri kau lebih-lebih lagi si pendengki itu adalah orang yang berkuasa
di pejabat. Rasa down ini boleh menjejaskan produktiviti. Lebih teruk jika ia
dibawa balik ke rumah. Tak
pasal-pasal dingin dengan
keluarga dan anak-anak akibat terlalu tertekan dengan keadaan di tempat
kerja.Tidur tak lena, dek kerana asyik memikirkan beban emosi yang ditanggung.
Bagaimana nak berhadapan
dengan orang yang dengki? Lawan. Lawan bukan dengan dengki atau kejahatan, tapi
lawan dengan kebijaksanaan. Macam mana? Biarkan. Ikut rentak dia. Jangan balas
apa-apa. Tunjukkan yang kamu tidak setara langsung dengan kebodohan dia. Ingat,
diam itu pintar.
Tunjukkan bahawa kamu
adalah orang yang lebih educated daripada dia. Bahawa dia bukanlah lawan yang
setaraf dengan kau kerana kau lebih baik daripada dia. Banyakkan berdoa dan
mengadu pada Allah. Percayalah, lambat-laun dia akan berubah.
Bagaimana dengan reputasi
kau yang tercalar akibat perbuatannya? Apabila kebenaran terserlah, orang lain
akan tahu perkara sebenar, dan mengikut detik waktu yang berlalu, maka akan
pulihlah reputasi itu. Kena banyak bersabar, bersabar dan bersabar.
Ironinya, orang yang suka
menjatuhkan orang lain biasanya rapat dengan boss. Kenapa ? Rujuk kategori
ketiga.
Kategori
kelima : Kepochi
Manusia jenis kepochi atau
kepoh ni kadang-kadang jadi penghibur juga. Pantang ada skandal, dialah orang
pertama yang scoop dulu. Lepas tu dia cerita kat orang lain perihal orang lain.
Prihatin, katanya. Prihatin bontot kamu.
Orang kepochi@joyah ni
senang cakap meningkatkan graf dosa kering kita la. Suka sangat bergossip dan
mengumpat. Sementara nak tunggu pukul 5 tu sempat lagi mengata hal orang. Staf
kepochi adalah golongan yang memang tak boleh simpan rahsia.
Kategori
keenam : Bermuka-muka
Kalau dibagi pilihan orang
yang macam mana harus dicampak ke neraka dulu, Bahaya kalau ada staf macam ni
kat ofis.
Orang hipokrit adalah
manusia yang tidak ikhlas. Depan kamu muka manis, belakang kamu rupanya dialah
musuh dalam selimut. Konon baik dengan kita, ingat dia memang baik,
rupa-rupanya baik ada makna. Dia jadi proksi orang lain untuk korek rahsia
daripada kita. Dasar lidah bercabang.
Kategori
ketujuh : Pak lawak
Dapat kawan yang suka buat
lawak ni memang best. Dia ni la yang jadi tukang hibur staf. Ada saja idea kelakar
dari kepala hotak dia. Suka mengusik orang, suka mengenakan orang, ceria je
kita rasa kalau orang jenis lawak ni berada dekat dengan kita. Tapi awas,
kadang-kadang mereka ni nampak je lawak, tapi sebenarnya hati sensitif. Mudah
terasa pulak bila orang kenakan dia. Pulak. Kamu kenakan orang boleh. Yang
penting, dalam setiap organisasi mesti ada pak lawak kan?
Kategori
kelapan : Lurus bendul
Manusia jenis ni memang
wujud, tapi jenis yang mengikut arahan dan jenis skema sikit kalau buat kerja.
Jenis berstruktur. Kalau baca arahan tu jenis yang baca satu-satu perkataan
ikut baris. Ye la, dah terbiasa buat algoritma haha. Orang yang lurus ni senang
disuruh. Memang betul-betul menjunjung prinsip "Saya Yang Menurut
Perintah" punya orang.
Kategori
kesembilan : Vokal atau extrovert
Bukannya asyik menyanyi
kerja dia, tapi jenis yang lantang bersuara. Kalau dalam mesyuarat dialah yang
asyik tak puas hati itu ini. Komplen sana sini. Sampai kita dah boleh agak,
kalau ada apa-apa mesyuarat, gerenti dia bagi pendapat atau cadangan atau komen
atau rasa tak puas hati. Memang gerentilah! Tapi bagus jugak kalau ada staf
yang berani bersuara. Kerana dengan adanya orang macam inilah keluhan yang
selama ini tidak diendah, akan jadi minit dan disusuli tindakan. Kira hero juga
orang yang vokal ni.
Kategori
kesepuluh : Pendiam atau introvert
Orang yang pendiam ni
memang agak sukar untuk ditelah hati budinya. Adakah dia diam sebab memang dia
pendiam, atau adakah dia diam sebab dia tak suka bergaul (anti-sosial) atau
adakah dia diam sebab dia ni nak spy kita. Kadang-kadang jugak staf yang
introvert ni tak ambik pusing langsung hal sekeliling. Dia buat hal dia sahaja.
Macam katak di bawah tempurung. Kalau ada kematian misalnya, dia akan tahu
selepas arwah dah dikebumikan.
Hormat sesama staf, tak
pernah menyakitkan hati orang lain, suka menolong dan tak berkira kerja. Orang
macam ni memang mudah disayangi. Mana-mana pergi pun orang akan sayang. Kalau
dia berpindah pun akan jadi kehilangan. Bertuah dapat kawan dengan orang yang
baik. Moga-moga kita tergolong dalam orang yang baik-baik.
No comments:
Post a Comment