Orang bujang juga perlukan cuti


Orang bujang juga perlukan cuti

Ala... orang bercuti, dia pun sibuk nak bercuti,
Kamu bukan ada suami / isteri pun,
Yang nak suruh kamu balik kampung jumpa mak & bapa mertua,
Kamu bukan ada anak pun,
Yang kamu kena bawa jalan-jalan sempena cuti sekolah ni,
Kamu bukan ada anak yang bersekolah pun,
Yang kamu kena pergi belikan baju sekolah, buku, beg, kasut dan sebagainya sebelum sesi persekolahan bermula.
Kamu bukannya ada komitmen apa-apa pun di rumah,
Baik kamu habiskan masa dengan bekerja dari buang masa di rumah,
Setakat nak berehat, lepas waktu kerja pun boleh berehat...ya tak?

Ya. Betul statement itu. Tepat sungguh,
Saya tiada mak mertua yang perlu saya kunjungi,
Saya tiada anak yang perlu saya bawa jalan-jalan,
Saya tiada anak yang bersekolah & kena belikan peralatan sekolah untuk mereka,
Saya tak perlu nak berehat sangat sebab... owh, mungkin sebab saya muda,
Orang muda kerja kuat tidak mengapa. Tenaga masih ada.
Tapi bab TIADA KOMITMEN itu memang silap sangat! Kenapa?

Sebab saya masih ada IBU BAPA yang masih hidup,
Yang dulunya merekalah yang membesarkan saya,
Yang berhabis duit beri saya makan, beri saya belajar di sekolah sampai saya berjaya,
Yang 24 jam, setiap hari mendoakan kesejahteraan hidup saya.
Yang kemudiannya saya tinggalkan mereka untuk mengejar cita-cita dan kerjaya saya.

Merekalah yang masih perlu untuk saya kunjungi,
Mereka kini tinggal berdua saja di kampung,
Mereka memang faham bahawa saya datang sini untuk bekerja untuk cari rezeki,
Tapi jauh di sudut hati mereka,
Mereka hendak melihat anak-anaknya pulang, jenguk mereka di kampung,
Kamu mahu saya jadi anak derhaka? Kamu mahu saya jadi Si Tanggang?
Seperti kacang lupakan kulit
Yang mengUTAMAkan kerja dan duit, lebih dari mengUTAMAkan mereka
Setelah mereka berhabis segalanya untuk saya
Kadang-kadang terpaksa bergolok gadai
Demi membina tangga kejayaaan untuk saya
Jadi, apa guna mereka hantar saya belajar tinggi
Kalau bila saya dah berjaya hari ini, saya akhirnya lupakan mereka?
Bujang tidak bermakna saya TIADA KOMITMEN,
Bujang tidak bermakna tidak perlukan cuti,
Maka, jangan dihalang orang bujang untuk bercuti,
Sebab mereka juga seperti kamu. Ada KOMITMEN.
Jangan NAFIKAN hak mereka =)



Christie Kiroh, NieyHana Hasni, Mango Chin, and Azlina Ariffin shared your post.

23 September 2015

Bagus sangat ni...tp syukurla setakat ni ok lagi kt tpt saya kja.....sng dibawa berbncg

Tapi bagi mereka yang tertindas hak utk bercuti tu.....saya doakan moga boss2 korang faham dan bersikap adil terhadap senior dan junior.

# jangan disebabkan status dia senior....dia yg diutamakan

# bertimbang rasa kpd mereka yg lbh memerlukan terutama cuti pryaan..dan bagi la cuti kepada mereka yg dh apply leave dulu.

# dan..takkanlh asyik dia je nk buat keja onkoll...

Kerana.....duit itu bukan segala2nya walau semua benda skrg perlukan duit
‪#‎thereisnothingmoneycanbuy

Betul tak boss2 sekalian.....Jane Kong..Connie Lau.Weithing Sze......be a good boss whereevr u are


KOMEN

  1. Cik Eydah Mustaffa Mohon share
23 September 2014 at 18:39

  1. Nur Syahirah Hidup chua!
23 September 2014 at 18:45 ·
( Cesc Faizal, Ani Wahida and Absah Awang LIKE this comment )

  1. Ukhti Sya Tepat dan padat chua... hidup org bujang....
23 September 2014 at 19:01

  1. KhairulMuslim Anuar Steady ore buje. Idup chua
23 September 2014 at 19:19
( Absah Awang LIKE this comment )

  1. Ani Wahida Chua leh jd org motivasi..
23 September 2014 at 19:23
( Absah Awang LIKE this comment )

  1. Yanki Rien Mohon share... setuju...
23 September 2014 at 19:49

  1. Azlina Ariffin Terbaik chua
23 September 2014 at 19:50

  1. Absah Awang betul tu, sian kamu, nak juga balek kpg kan, tengok mak ayah..
23 September 2014 at 20:04

  1. Hero Malaya kemah boh
23 September 2014 at 20:59

  1. Masfaliza Masmuda saya sokong 100%
24 September 2014 at 17:02

  1. Taufik Topik Cuti je wa...ore supo ahmad maslan jah marah ore bjang cuti......huhuhuhu
22 September 2015 at 20:44
(Che Shemaa, Shafiq Zakaria, Gan Fie, and I LIKE this comment )

  1. Azlina Ariffin Nk share
22 September 2015 at 21:01
(I LIKE this comment )

  1. Mango Chin Setuju... setiap orang ada komitmen masing masing... sila hormat hak org lain juga..
22 September 2015 at 22:13
(I LIKE this comment )

  1. Taufik Topik Jgn smpai batch 56 wat union dpn hospital kajang...hahahhahaaa...pening kpla puan ayu nati
22 September 2015 at 22:14
(I LIKE this comment )

  1. Mango Chin Haha... reunion saja pun.. boleh ajak puan ayu join sama...
22 September 2015 at 22:15
(I LIKE this comment )

No comments:

Post a Comment