Orang yang pendiam ni
sebenarnya pemalu dan pada masa yang sama, sukar untuk bercakap atau berbual
dengan lancar. Hal ini kerana si pendiam ni kurang bercakap dan perkara yang
ingin disampaikan itu tidak difahami oleh sesetengah pihak. Sebenarnya, orang
yang pendiam ni cerdik tetapi apabila dalam hal perbualan mereka sangat lemah
dan hanya mendengar sahaja perbualan rakan mereka yang membuatkan mereka
menjadi pendiam. Itu adalah antara salah satu kelemahan orang yang pendiam.
Tetapi, orang yang pendiam ini juga mempunyai kelebihan yang anda perlu
contohi.
Antara kelebihan si
pendiam ini ialah mempunyai pemikiran yang matang. Oleh kerana, semua orang
tahu orang yang pendiam ini tak suka cakap dan adakala buat kerja, tak sibuk
pasal orang lain. Tetapi, tahukah anda seorang yang pendiam ini tidak
menimbulkan sebarang masalah atau suka berceloteh pasal orang lain. Ini adalah
salah satu perkara yang kita patut contohi tentang orang yang pendiam ini.
Selain itu, orang
yang pendiam ni sebenarnya seorang yang sabar. Walaupun, berapa banyak
rintangan atau gelora yang dihadapi, si pendiam ni tetap sabar, cekal dan
tabah. Betapa mulianya sifat orang yang pendiam ini. Tetapi, ingatlah bahawa
segala masalah yang dihadapi pasti ada pelangi disebalik hujan yang lebat serta
membuatkan anda lebih matang pada masa akan datang. Setiap perkara yang baik
kita lakukan pasti akan dibalas dengan perkara yang baik.
No comments:
Post a Comment