PERUTUSAN DARIPADA PPF U29, BD&PSF IPKKM











































PERUTUSAN DARIPADA PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK FARMASI,

IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Salam Sejahtera Tuan / Puan yang saya hormati,



Saya memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Farmasi semenjak 29 Julai 2013 dan ditempatkan di Jabatan Farmasi Hospital Kajang. Ketika itu saya baharu menamatkan pengajian di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh selama 4 tahun disebabkan mengulang semester sebanyak dua kali.





Pada bulan Mei 2015, saya diberi tanggungjawab untuk memberi taklimat mengenai pelaksanaan Unit Dose (UD) kepada semua peserta PPF dan PF (Penolong Pegawai Farmasi dan Pegawai Farmasi) dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Lawatan tersebut diselia oleh Program Perkhidmatan Farmasi KKM (PPF KKM) dan dibantu oleh Penolong Pegawai Farmasi U29 iaitu Encik Indra Shahril B. Abd Hamid.



Lima bulan kemudian, Pn. Faridah Saidi (Timbalan Ketua Profesion PPF U40) mempelawa saya untuk menyertai pertandingan R&D PPF peringkat kebangsaan. Pada mulanya, saya ingin menolak tawaran ini disebabkan pernah mengalami pengalaman kesusahan untuk menjalankan dan menyiapkan projek R&D di kolej dahulu. Tetapi saya menerimanya jua kerana melalui R&D saya percaya akan dapat memajukan diri dan profesion PPF.



Pada bulan November 2015, saya telah menyertai bengkel R&D di Hotel Oriental Crystal Kajang. Saya merupakan peserta kedua selepas Faizal B. Murad, PPF dari Hospital Ampang yang menjalankan penyelidikan secara berseorangan. Dan juga satu-satunya peserta yang menjalankan penyelidikan sepenuhnya mengenai klinikal farmasi. Sedangkan negeri-negeri lain menjalankan penyelidikan secara berkumpulan dan lebih bertemakan profesion PPF. Namun begitu, mereka juga tetap hebat di mata ahli-ahli panel dan rakan sekerja mereka kerana berani menyahut cabaran untuk menjalankan R&D. Akhirnya saya mendapat kredit daripada ahli-ahli panel semasa pembentangan research proposal itu. Sejumlah 4040 orang PPF di seluruh Malaysia, 60 orang dicalonkan, namun hanya 42 orang sahaja yang dipilih oleh Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu untuk menyertai bengkel ini.



Pada 10 Ogos 2016, saya telah menerima keputusan pertukaran dan diarahkan untuk berpindah ke Ibu Pejabat KKM berkuatkuasa pada 5 September 2016. Walaupun pada masa itu saya hanya baharu berkhidmat kurang daripada 3 tahun, namun ini merupakan rezeki untuk saya dan pengiktirafan kepada profesion Penolong Pegawai Farmasi. Persoalan mengapa saya dipindahkan disebabkan saya mempunyai minat dan kebolehan asas untuk menjalankan projek R&D.




Isi tersirat yang ramai tidak tahu di sebalik perpindahan saya ke Ibu Pejabat KKM. Ketika saya menyelia seramai 6 orang Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dari Pusrawi International Colleague (PICOMS) di Unit Galenikal. Saya diberi kepercayaan oleh Pegawai Farmasi yang menyelia untuk menilai kesemua pelatih tersebut dari bulan Ogos sehingga Disember 2014. Prestasi dan keperibadian keenam-enam pelatih tersebut adalah memuaskan dan saya telah memberikan penilaian cemerlang kepada mereka. Setelah hampir tiga tahun berlalu, giliran Ibu Pejabat KKM pula memberi penilaian dan pengiktirafan kepada saya untuk berkhidmat di Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi. Bak kata pepatah, buat baik pasti dibalas baik






Pada 25 Ogos 2017, saya memohon kebenaran untuk bercuti rehat sempena meraikan salah seorang Penolong Pegawai Farmasi U29 di Hospital Kajang iaitu Puan Mildred yang terpilih untuk mengikuti Kursus Pos Basik Penyediaan Farmaseutikal Steril. Sebagai tanda penghormatan kepada Jabatan Farmasi Hospital Kajang, saya memakai kembali uniform memandangkan saya telah menggantung uniform selama 11 bulan di BPF KKM. 4 identiti saya bawa ketika lawatan. Dua identiti daripada Hospital Kajang iaitu uniform dan tali kad berwarna ungu bertulisan Hospital Kajang. Dua lagi identiti dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM iaitu tanda nama KKM dan kad bertugas BPF KKM. Penghormatan ini turut saya berikan kepada Cik Jenebie selaku Penolong Pegawai Farmasi yang menggantikan tempat saya dan Pegawai Farmasi Provisional Cik Mastura. Kedua-dua mereka merupakan orang terakhir yang bekerja dengan saya sebelum saya berpindah.




Hari ini pada 5 September 2017, genaplah setahun saya berkhidmat di Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi KKM. Semoga profesion Penolong Pegawai Farmasi akan terus cemerlang bersama dengan kumpulan paramedik yang lain.




"Bersama Menghasilkan Kecemerlangan"




T.U. Chua

Chua Tiong Ung

Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

Cawangan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi

Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia

Ahli Jawatankuasa Teknikal 
Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Farmasi 
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi
Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia

Ahli Jawatankuasa Kecil
Pembangunan Kurikulum
Diploma Farmasi
Institusi latihan KKM

1 comment: