1.1 Keistimewaan PSS SMK Tendong
PSS
SMK Tendong mempunyai pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat.
Maklumat-maklumat ini disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya berjumlah
35 buah. Selain bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan
ICT. PSS menyediakan ‘access point’ untuk membolehkan capaian maklumat melalui
internet dibuat menggunakan komputer di unit perpustakaan.
Penyediaan
kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah menjadikan PSS SMK Tendong
sebagai sebuah PSS cemerlang dan seterusnya sebagai “bench mark” kepada
sekolah-sekolah sekitarnya. PSS SMK Tendong sering menerima kunjungan
pelawat-pelawat kenamaan termasuklah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama
dengan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan sebagai pengiring
iaitu :
1. Dato’ Dr Abdul Shukor Abdullah pada 17 November 1998,
2. Tan Sri Abdul Rafie Mahat pada 16 Jun 2002,
3. Ketua Jemaah Nazir Malaysia iaitu Hj Ahmad Zabidi B. Shamsuddin pada 8 September
2004.
4. Dato’ Hj
Ahamad Sipon pada 4 Disember 2005.
(dipetik daripada Majalah Rasmi SMK Tendong IQRA')
1.2 Kejayaan yang diraih oleh PSS SMK Tendong
1. Johan PSS Cemerlang, Kategori Sekolah Menengah Luar
Bandar, Negeri
Kelantan (2002)
Kelantan (2002)
2. Johan Anugerah Sekolah sebagai Koridor Raya Maklumat Peringkat
Negeri Kelantan (2002)
3. Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat
Negeri Kelantan (2003)
4. Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat
Kebangsaan (2004)
5. Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat
Negeri Kelantan (2005)
6.
Johan
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2006)
(dipetik daripada Majalah Rasmi SMK
Tendong IQRA')
1.3 Bidang Tugas Pengawas Pusat Sumber Sekolah
1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Pengawas PSS.
2. Membantu melakukan kerja-kerja memproses bahan seperti
melabel, cop hak milik dan sebagainya.
3. Membantu dalam kerja semakan terimaan bahan dari
pembekal.
4. Menjadi serantan dalam perhubungan dalaman dengan
pengguna PSS.
5. Membantu guru dan staf sokongan dalam pengedaran bahan
bukan buku (pinjaman dan pemulangan).
6. Membantu dalam penyusunan bahan sumber di rak-rak dan
sebagainya.
7. Menyimpan bahan-bahan yang telah digunakan oleh pengguna
ke tempat asal.
8. Menjaga kebersihan PSS, menyusun dan mengemas.
9. Membantu dalam penyemakan buku, majalah dan akhbar yang
diterima daripada pembekal dan merekodkan ke dalam buku stok.
10. Membantu menguruskan Alat Pandang Dengar ( termasuk
perkakasan dan perisian).
11. Menjadi petugas seranta dan watak personal dengan para
pengguna PSS.
12. Menguruskan perkhidmatan rujukan.
13. Melakukan kerja-kerja baik pulih bahan-bahan yang rosak.
14. Melakukan kerja-kerja perkeranian jika perlu.
15. Menjalankan tugas-tugas pelbagai di PSS mengikut
keperluan arahan semasa oleh Pengetua / guru PSS.
(dipetik daripada Fail Meja PSS SMK Tendong)
1.4 Tempoh Perkhidmatan saya sebagai Pengawas PSS
SMK Tendong
1.
Ahli
Biasa : Februari 2002 - Disember 2004,
2. Pengerusi Unit Perpustakaan : Januari 2005 - November
2005,
3. Pengerusi Pusat Sumber Sekolah *: Januari 2007 - November
2007,
4. Ahli Biasa di Perpustakaan Negara Malaysia : Nov 2010 –
sekarang
5. Ahli Biasa di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam : Okt
2013 - sekarang
*Unit
Perpustakaan + 35 Koridor PSS
1.5 Anugerah & Penghargaan yang diterima oleh saya daripada Pengetua
Kanan
SMK Tendong
1. Sijil Kecemerlangan Akademik untuk Ujian Bulanan 1 Tahun
2001
Keputusan : 5A, 3B, dan 1C
2. Sijil Kecemerlangan Akademik untuk Ujian Bulanan 1 Tahun
2002
Keputusan : 5A, 3B, dan 1C
3. Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 2, Mata
Pelajaran Sejarah Tahun 2002.
4. Anugerah Program NILAM (Program Membaca) PINGAT
GANGSA : Apr 2003
*73 buah buku
5. Anugerah Program NILAM (Program Membaca) PINGAT
PERAK : Nov 2005
*205 buah buku
6. Sijil Penghargaan PENGAWAS PSS sesi 2002
/ 2003 : Nov 2005
7. Sijil Penghargaan PENGERUSI UNIT PERPUSTAKAAN sesi
2004 / 2005 : Nov 2005
8. Sijil Penyertaan Kursus Pengurusan Pengawas PSS : Feb
2007
9. Sijil Penghargaan PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH sesi
2006 / 2007 : Nov 2007
10. Anugerah Pengawas PSS Cemerlang : Nov 2007
Saya
berasa bangga dan bertuah kerana berpeluang menerima sijil akademik dan sijil
penghargaan ( no. 1 sehingga no. 7)
daripada seorang Pengetua Kanan yang mempunyai hubungan rapat dengan
orang-orang kenamaan termasuklah Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia dan
Menteri Pelajaran Malaysia.
Bagi
sijil dan penghargaan bermula dari no. 8 sehingga no. 10, saya menerimanya
daripada Tn. Hj. Ameri B. Hj. Awang. Beliau bukanlah orang asing di SMK Tendong
kerana sudah berkhidmat semenjak tahun 1980-an sehingga sekarang bermula sebagai
guru biasa sehinggalah menjadi Penolong Kanan Pentadbiran.
Syarat penganugerahan
Sijil Penghargaan daripada PSS SMK Tendong
*sijil penghargaan
untuk Pengawas PSS hanya diberi kepada Pengawas PSS yang akan menamatkan zaman
persekolahan atau bertukar sekolah sahaja.
1.6 Kronologi perkhidmatan saya sebagai Pengawas PSS dari tahun 2002
sehingga tahun 2007
Saya
dilantik sebagai ahli biasa bermula Februari 2002 melalui sesi temuduga yang
dijalankan oleh exco PSS Tingkatan Enam Atas, saya menjadi ahli biasa sehingga
Disember 2004. Sepanjang tempoh itu, saya bersama guru-guru PSS dan rakan
seperjuangan bekerja keras dalam merealisasikan impian bekas Pengetua Kanan SMK
Tendong Gred DG 54 iaitu Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj Wan Yaacob A.M.N. yang
mahu melihat PSS SMK Tendong berjaya dalam pertandingan peringkat negeri dan
kebangsaan.
Antara
kerja yang mengambil masa agak lama untuk dilaksanakan ialah perubahan kepada
sistem peminjaman manual kepada Sistem Pengautomasian Pusat Sumber Sekolah
(SPPSS). Sistem ini menggunakan “barcode” sepenuhnya kepada ahli dan buku-buku
yang hendak dipinjam. Ahli-ahli yang hendak meminjam buku akan menyerahkan kad
keahlian dan buku yang hendak dipinjam kepada kerani PSS atau Pengawas PSS
untuk diimbas dengan menggunakan alat pembaca barcode. Sistem OPAC juga diperkenalkan untuk kegunaan ahli-ahli
mencari buku melalui komputer. Sistem ini bukan mudah untuk kami laksanakan kerana
kesemua ahli PSS SMK Tendong terdiri daripada pelajar, guru, dan kakitangan
yang menghampiri jumlah 2000 orang. Bagi buku-buku di Unit Perpustakaan pula
melebihi 2000 buah. Ketika itu, kami perlu mengemaskini data-data keahlian dan
maklumat buku lama dan buku baharu. Buku lama dan rosak akan dilupuskan serta
direkod. Bagi menyediakan buku untuk peminjaman kepada ahli-ahli bukan satu
perkara yang mudah kerana perlu melalui banyak proses yang akan saya ringkaskan
di bahagian seterusnya.
Selain
itu, kekemasan dan keceriaan PSS dititik beratkan dengan menyusun atur kembali
bahan bacaan, peralatan, perabot dan lain-lain lagi. Unit Perpustakaan juga
mengamalkan konsep mesra pelanggan dengan menyediakan “tong buku selepas
dibaca” untuk kegunaan ahli meletakkan buku yang telah mereka baca ke dalam
tong tersebut tanpa perlu menyimpannya kembali. Konsep ini dilaksanakan kerana
setiap buku mempunyai pengkelasan dan mempunyai sub pengkelasan tersendiri
dikenali sebagai Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey. Kebanyakan pelajar kurang
memahami sistem ini lalu meletakkan buku tersebut di tempat yang salah.
Pengawas PSS ( Unit Perpustakaan ) mempunyai pengetahuan mengenai pengkelasan
buku akan meletakkannya di tempat yang sepatutnya. Semua ini dilakukan sebagai
persediaan untuk menyertai pertandingan PSS di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Walaupun agak memenatkan tetapi kami berpuas hati kerana PSS SMK
Tendong berjaya memenangi pertandingan peringkat negeri dan mewakili negeri
Kelantan untuk pertandingan peringkat kebangsaan.
1.7 Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey
000
Karya Am
100
Falsafah
200
Agama
300
Sains Kemasyarakatan
400
Bahasa
500
Sains Tulen
600
Teknologi
700
Kesenian
800
Kesusasteraan
900
Sejarah dan Geografi
FM
Fiksyen Melayu
FI
Fiksyen Inggeris
1.8 Proses kerja penyediaan buku baharu untuk kegunaan
peminjaman kepada ahli-ahli PSS SMK Tendong
1. Buku baharu perlu direkod dalam Buku Daftar Perolehan dan
dalam sistem SPPSS dengan merekodkan maklumat berkaitan seperti :
a. Bilangan muka surat.
b. Nama buku,
c. Nama penerbit,
d. Nama pengarang,
e. Nombor ISBN,
f. Nombor pengkelasan,
g. Nombor panggilan, dan
h. Tahun penerbitan.
2. Barcode bersama nombor pengkelasan akan dicetak dan ditampal di
bahagian depan kulit buku.
3. Nombor panggilan, nombor pengkelasan dan tarikh
pendaftaran buku ditulis pada muka surat pertama buku.
4. Buku akan dicop dengan cop HAK MILIK PSS SMK TENDONG.
5. Buku akan dibalut oleh Pengawas PSS ( Unit Perpustakaan
).
6. Buku akan dipamerkan sekurang-kurangnya dua minggu
sebelum boleh dipinjam.
Atas
kepercayaan yang diberikan oleh Pn. Siti Zainab Bt. Mohamad (Pengerusi Unit
Perpustakaan kini Penyelaras PSS SMK Tendong) kepada saya melalui pengalaman
dan hasil kerja saya selama dua tahun. Beliau telah menawarkan jawatan exco PSS
sebagai Pengerusi Unit Perpustakaan pada penghujung tahun 2004 dan disokong
oleh bekas Penyelaras PSS SMK Tendong, Tn. Hj. Abd. Rahman B. Mahmood. Sejarah
telah tercipta kerana saya selaku wakil tunggal Pengawas PSS Tingkatan 5 diberi
penghormatan untuk menganggotai barisan exco PSS SMK Tendong yang rata-ratanya
terdiri daripada Pengawas PSS Tingkatan Enam Atas. Sebelum ini, hanya pelajar
Tingkatan Enam Atas sahaja berpeluang mengisi jawatan dalam exco PSS SMK
Tendong. Ini menunjukkan umur bukanlah penghalang untuk kita memegang jawatan
dan menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Pengalaman saya selama dua tahun
cukup bermakna untuk dikongsi bersama barisan exco PSS SMK Tendong sesi
2004/2005. Dalam carta organisasi, saya berada di bawah seliaan Pengerusi Pusat
Sumber Sekolah tetapi saya diberi kepercayaan untuk mengetuai barisan exco Unit Perpustakaan Tingkatan Enam
Atas. Walaupun mereka lebih tua daripada saya tetapi mereka tetap
menghormati saya berdasarkan pengalaman saya selama dua tahun menjadi Pengawas
PSS, mereka juga kerap meminta bantuan saya mengenai soal pembahagian tugas dan
urusan harian Unit Perpustakaan. Ketika itu PSS SMK Tendong muncul juara
peringkat negeri sebanyak dua kali dan mendapat tempat ketiga di peringkat
kebangsaan.
1.9 FAKTA MENARIK mengenai Pengerusi Unit
Perpustakaan SMK Tendong
bagi sesi 2004-2005
a. Pengawas PSS Tingkatan 5 yang PERTAMA kali dilantik untuk menganggotai barisan exco tertinggi PSS
kerana tahun-tahun sebelumnya Exco PSS dipilih dalam kalangan Pengawas PSS
Tingkatan Enam Atas sahaja.
b. Satu-satunya Pengawas PSS berbangsa Cina dalam barisan
Exco PSS Sesi 2004 / 2005.
c. Mempunyai pengalaman sebagai ahli biasa selama dua tahun
bersama kejayaan memenangi Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah
Peringkat Negeri Kelantan (tahun 2003) dan Tempat Ketiga Pertandingan
PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (tahun 2004).
d. Jawatan Pengerusi Unit Perpustakaan diperkenalkan oleh Pn.
Siti Zainab (Pengerusi Unit Perpustakaan) buat kali PERTAMA bagi Exco PSS sesi 2004 / 2005. Saya merupakan orang yang PERTAMA dilantik ke jawatan itu. Namun
begitu, jawatan ini dimansuhkan untuk tahun-tahun seterusnya dan bermakna saya
juga adalah ORANG YANG TERAKHIR
memegang jawatan itu.
e. Ahli-ahli saya ialah PENGAWAS PSS TINGKATAN ENAM
ATAS & saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mereka dan
ahli-ahli di bawah mereka terdiri dari Pengawas PSS Tingkatan 1 sehingga
Tingkatan 5.
Saya kembali belajar di
SMK Tendong pada Julai 2006 untuk Tingkatan Enam Rendah dan sekali lagi
mendapat kepercayaan untuk memegang jawatan Pengerusi Pusat Sumber Sekolah pada
penghujung tahun 2006. Pelantikan ini dibuat bagi menggantikan Pengerusi PSS
sesi 2006-2007 iaitu saudara Faiz B. Che Ismail yang menamatkan tempoh
perkhidmatannya pada bulan November 2006. Jawatan ini merupakan jawatan kedua
tertinggi selepas jawatan Ketua Pengawas Sekolah. Jawatan ini berbeza dengan
jawatan yang saya pegang dulu kerana saya bertanggungjawab terhadap Unit
Perpustakaan serta 35 koridor PSS SMK Tendong. Apa yang membanggakan saya ialah
ketika saya dilantik ke jawatan itu, PSS SMK Tendong baharu sahaja muncul Juara
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada September
2006. Saya dipilih berdasarkan pengalaman saya berkhidmat kepada PSS selama 4
tahun dan telah menjadi Pengerusi Unit Perpustakaan selama setahun sewaktu
belajar di Tingkatan Lima. Tambahan pula, saya telah berkhidmat bersama lima
orang bekas Pengerusi PSS masing-masing mempunyai karakter yang tersendiri.
Salah satu tanggungjawab
saya sebagai pengerusi ialah memegang kunci unit perpustakaan. Tugas ini amat
berat kerana saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan harta di
unit perpustakaan. Selain itu, saya perlu datang seawal jam 7.00 pagi untuk
setiap hari bagi merancang tugasan yang akan diberi kepada ahli-ahli di bawah
saya. Saya adalah orang yang terakhir dapat balik setelah selesai tugasan di
unit perpustakaan pada waktu petang. Sebagai seorang ketua, saya sentiasa
memantau kehadiran Pengawas PSS sambil dibantu oleh guru bertugas. Bukan mudah
untuk menjadi seorang ketua kerana saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada
anak-anak buah saya dengan bekerja bersama-sama mereka. Saya dapat menjalankan
tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pengerusi dengan baik hasil daripada
tunjuk ajar barisan bekas Pengerusi PSS terdahulu kepada saya. Berdasarkan
pengalaman saya selama 4 tahun, saya dapat melaksanakan tugas-tugas tidak rasmi
seperti memantau ahli-ahli ketika mereka bertugas. Saya akui memang wujud tekanan kepada saya kerana saya perlu menjaga
nama dan membawa imej yang baik khususnya kepada ahli-ahli saya dan semua pelajar
kerana status PSS SMK Tendong sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah
Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada September 2006. Namun, hasil
sokongan daripada semua pihak membolehkan saya menjalankan tugas dan
tanggungjawab ini dengan sempurna sehingga saya menamatkan zaman persekolahan
dan perkhidmatan saya sebagai Pengawas PSS.
1.10 FAKTA MENARIK mengenai Pengerusi Pusat Sumber Sekolah bagi Sesi 2006-2007
1.10 FAKTA MENARIK mengenai Pengerusi Pusat Sumber Sekolah bagi Sesi 2006-2007
1. Pengerusi PSS / Pengawas PSS
yang PERTAMA :
a. mempunyai pengalaman mengenai selok-belok pentadbiran dan
perjalanan urusan di PSS (selama 4 tahun) bersama kejayaan Johan
Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan sebanyak
dua kali (tahun 2003 & 2005) dan mendapat Tempat Ketiga Pertandingan
PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (tahun 2004).
b. dilantik menjadi Pengerusi sebanyak DUA KALI sepanjang
5 tahun tempoh perkhidmatannya
c. berbangsa Cina memegang jawatan tertinggi sebagai Pengerusi kerana Pengawas
PSS berbangsa Cina yang terakhir hanya menjadi exco PSS pada tahun 2002 dengan
memegang jawatan sebagai exco biro disiplin iaitu saudara Ting Len Joo.
2. Pengerusi PSS dari tahun 2002 sehingga tahun 2006 TIDAK
PERNAH menjadi Pengawas PSS SMK Tendong sebelum mereka dipilih ke
jawatan itu. Oleh yang demikian, pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada
bakat kepimpinan walaupun mereka tiada pengalaman sebagai Pengawas PSS.
3. Satu-satunya Pengawas PSS berbangsa Cina dalam barisan
exco tertinggi PSS sesi 2006-2007.
4.
Pengerusi
PSS KEDUA selepas saudara Faiz B.
Che Ismail ketika PSS SMK Tendong memenangi Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah
Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2006.
5.
Selepas saya menamatkan perkhidmatan sebagai
Pengerusi PSS SMK Tendong, bermula dari tahun 2008 sehingga sekarang masih
belum ada lagi Pengawas PSS berbangsa Cina dilantik ke jawatan Pengerusi PSS
SMK Tendong.
1.11 Bidang Tugas
Pengerusi Pusat Sumber Sekolah
1. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pengawas PSS bagi
exco tertinggi, unit perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah.
2. Menyediakan jadual bertugas khususnya kepada ahli di unit
perpustakaan.
3. Memantau kehadiran ahli-ahli di semua koridor dengan
bantuan exco atau ketua koridor y/m dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
ahli-ahli di Unit Perpustakaan.
4. Mengadakan sesi temuduga bagi pelajar Tingkatan 1
sehingga Tingkatan 4 dan bertanggungjawab mencadangkan ahli-ahli baharu kepada
Penyelaras PSS / Pengerusi Unit Perpustakaan (Guru).
5. Memegang kunci unit perpustakaan dengan memulakan
perkhidmatan seawal jam 7.15 pagi dan menamatkan perkhidmatan pada jam 3.00
petang.
6. Menyediakan laporan mengenai perkara-perkara yang
berkaitan seperti masalah disiplin, kebajikan ahli-ahli, perjalanan jadual
bertugas dan lain-lain kepada guru-guru PSS.
7. Memastikan buku-buku, bahan cetak, majalah, surat khabar,
alat multimedia di unit perpustakaan sentiasa dalam keadaan kemas, baik &
teratur dan suasana perpustakaan dalam keadaan bersih dan ceria.
8. Menerangkan kepada pelawat-pelawat sama ada pelawat dalam
negeri, luar negeri, atau kenamaan mengenai urusan harian di PSS.
1.12 Senarai bekas Pengerusi PSS SMK Tendong dari
tahun 2002 sehingga tahun 2008
- Azieman B. Abdullah ( 2002 )
- Muhammad Khairul B. Zakaria ( 2003 )
- Ismail B. Remli ( 2004 )
- Azmi B. Ismail ( 2005 )
- Faiz B. Che Ismail ( 2006 )
- Chua Tiong Ung ( 2007 )
- Mohd Hafiz B. Yaakub ( 2008 )
KEJAYAAN PSS SMK TENDONG...KEBANGGAANKU UNTUK SELAMA-LAMANYA.
1.14 Hasil didikan yang
tegas daripada...
1. Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj. Wan Yaacob A.M.N.
a.
Bekas Pengetua Kanan SMK Tendong Gred DG 54
b.
Bintang Ahli Mangku Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang
Di Pertuan Agong 1999
c.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian
Pelajaran Malaysia 1999
d.
Anugerah Pelantikan Pengetua Cemerlang DG54 oleh Menteri Pelajaran Malaysia 2002
e.
Pencalonan Pelantikan Sebagai Pengetua Cemerlang
Gred JUSA C oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2004
f.
Anugerah Pelantikan sebagai Perunding Kanan Menteri
Pelajaran Malaysia 2007
2. Tn. Hj. Che Ismail B. Hj. Che Hussin
a. Guru
Cemerlang Sejarah STPM Gred DG 48
b. Bekas
Ketua Pemeriksa Kertas Sejarah STPM Peringkat Kebangsaan
c. Panel
Penggubal Subjek Sejarah STPM Peringkat Negeri Kelantan
3. En. Look Thien Jee
a. Guru
Kanan Teknik & Vokasional Gred DG 44
b. Bekas
Panel Penggubal Subjek Pengetahuan Moral SPM Peringkat Kebangsaan pada tahun
2005
- Pn. Siti Zainab Bt. Mohamad
a. Guru
Subjek Bahasa Inggeris & Malaysian University English Test (MUET) Gred DG 44
b. Penyelaras
PSS SMK Tendong
....telah banyak
mematangkan saya sepanjang saya belajar dan bekerja selama hampir 5 tahun
bersama mereka. Ketika saya belajar di Tingkatan Enam Atas, kami dilatih supaya
hadir ke sekolah lebih awal dengan program kelas seawal jam 7.00 pagi dan
program kawad kaki pada jam 7.15 pagi. Hasil didikan beliau dan guru-guru yang
saya sebutkan di atas kepada saya menyebabkan sehingga sekarang saya masih
membawa budaya ini ketika berpraktikal di Hospital Raja Perempuan Zainab (II)
dan Hospital Selayang. Saya menjadi seorang yang berdisiplin dalam soal
menepati masa dan bekerja hasil ketegasan daripada mereka.Terima Kasih Puan,
Cikgu & Thank You Teacher !!!
Sebenarnya,
saya adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Ramai orang berkata, anak lelaki
bongsu adalah manja dengan ibu-bapa. Situasi ini berlainan dengan saya kerana
hasil daripada ketegasan merekalah telah banyak mematangkan hidup saya. Setiap
kali apabila saya memberikan jawapan iaitu saya ialah anak bongsu, ramai yang
sukar untuk mempercayainya.
No comments:
Post a Comment