Anugerah Kedatangan Awal
Kursus Induksi
merupakan satu kursus yang diadakan untuk bakal penjawat awam yang akan
dilantik kelak. Tatkala kawan – kawan saya bergembira meraikan kejayaan mereka
lulus dengan jayanya selama 3 tahun, saya dengan perasaan sedih terpaksa
menduduki peperiksaan ulangan untuk subjek Mikrobiologi Farmaseutik.
Peperiksaan ini juga turut dijalankan semasa kursus induksi sedang berlangsung.
Ini menambahkan tekanan buat saya. Saya telah mengharungi kursus induksi ini
dengan penuh getir apabila fasilitator saya telah melaporkan ketidakhadiran
saya dalam sesi ceramah pagi. Ketika itu, saya baharu selesai menduduki
peperiksaan ulangan dan pulang sebentar ke asrama untuk berehat. Saya berasa
amat terkejut, marah, dan sedih apabila beliau telah menulis surat rasmi
mengenai kegagalan saya hadir pada sesi pagi. Saya sedar kedudukan saya dalam
bahaya dan berkemungkinan besar saya akan gagal dalam kursus ini. Walau bagaimanapun
saya kuat untuk menghadapi dugaan ini dengan saya sering datang awal sebelum
sesi ceramah berlangsung. Saya terpaksa dan harus berbuat demikian demi
menambat kembali hati ketua fasilitator dan timbalannya supaya tidak
digagalkan. Akhirnya, saya berjaya memenangi ANUGERAH KEDATANGAN AWAL. Fakta
menarik yang ingin saya ceritakan di sini ialah anugerah ini merupakan anugerah
pertama yang diumumkan pada majlis penutup. Kedua, saya merasa bangga apabila
saya merupakan satu – satunya penerima anugerah ini dalam kalangan peserta yang
menghampiri jumlah 400 orang dan saya juga berjaya mengatasi peserta perempuan
kerana sepatutnya merekalah yang lebih layak untuk menerima anugerah ini. Pada
ketika itu juga saya telah berjaya menyiapkan buku SIAPA SAYA 10 TAHUN YANG
LALU. Kegembiraan saya tidak berpanjangan apabila saya gagal dalam peperiksaan
ulangan bersama dua orang kawan saya. Saya telah tewas sebanyak dua kali dalam
tempoh 4 tahun pengajian dan bukan mudah untuk saya bangkit kembali.
Saya
menerima Anugerah Kedatangan Awal daripada Timbalan Pengarah Bahagian
Pengurusan KSKB Sg Buloh iaitu Cik Diana Sim Siew Geok pada 13 Disember 2012
|
No comments:
Post a Comment