Saturday, 20 January 2018

JODOH DAN REZEKI CEPAT VS JODOH DAN REZEKI LAMBAT

“Heshhh! Kenapa jodoh aku lambat sangat eh? Umur dah masuk 26 ! kawan-kawan semua dah beranak pinak. Apa nak jadi dengan aku ni?”

Dan kebiasaannya orang-orang di luar sana selalu tanya soalan macam ni...

Kalau belum jumpa jodoh
“Kau ni memilih sangat ke ? kenapa tak jumpa-jumpa lagi calon suami / isteri ? kau nak tunggu jadi ‘season’ ke baharu nak kahwin?”

“Kau kahwin lambat-lambat ni, nanti dah berumur susah nak beranak tau !”

Kalau dah berkahwin
“Kau ni tak beranak-anak, kahwinnya dah lama. Kau merancang ke apa ni ?”

“Umur dah 35, anak kau baharu seorang ? Kalau kau tak percaya cakap aku... kau tengoklah lagi 2,3 tahun, confirm kau susah nak beranak lagi. Baik kau beranak banyak-banyak sekarang”



Kadang-kadang kita rasa macam nak cakap...

“Woi kamu semua ! Kalaulah aku tahu apa yang Tuhan dah takdirkan untuk aku, aku pun takkan biarkan diri aku single / tiada anak sampai ke hari ni.”

“Adakah kamu boleh ramal masa depan aku, setepat perancangan Tuhan aturkan perjalanan hidup aku ?”

“Adakah korang yakin bahawa aku akan susah untuk dapat anak sekiranya aku kahwin lambat ? Jodoh pertemuan, ajal maut, Rezeki dan rahmat itu kan di tangan Tuhan. Siapa kamu untuk menghakimi nasib aku ?”

“Sejauh mana kamu pasti, dapat anak awal / ramai akan menjamin masa depan yang cerah ? Korang tahu ke anak itu akan sihat sepanjang masa ? atau kamu pasti ke anak korang itu akan jadi orang yang berguna bila besar nanti ?”

Yalah, kita ni bukanlah nak mendoakan ya tak ? Bukan juga untuk menyinggung perasaan sesiapa. Tetapi cuba kita fikirkan perasaan orang yang kita perli dan soal bertubi-tubi itu.



Mereka yang berkahwin awal, punyai zuriat awal / ramai, bolehkah sesuka hati cakap macam itu sebab mereka rasa mereka lebih sempurna sebab dijodohkan awal, diberi rezeki zuriat awal dengan pasangan masing-masing. Tetapi kita kena ingat :

1.            Tuhan TIDAK janjikan pada manusia, sekiranya jodoh dia cepat, dia juga akan cepat dapat zuriat.

2.            Tuhan pun TIDAK janjikan sekiranya dia kahwin awal, dia dapat zuriat awal, tetapi jodoh dia akan berkekalan sehingga akhir hayat.

3.            Tuhan TIDAK pernah menjanjikan seseorang itu kahwin lewat,
maka segala-gala rezeki untuk dia akan jadi lewat dan tertangguh atau mungkin tak kesampaian langsung.

Hormatilah orang yang sedar bersabar dengan ujian Tuhan. Jangan kita tanya dia dengan bermacam-macam soalan yang lebih membuatkan dia tertekan seterusnya dia akan hilang pertimbangan waras akal dan buat benda yang bukan-bukan. Atau paling tidak, buat dia tidak percaya dengan takdir Tuhan. Nanti kita akan sama-sama share dosa itu.

           


Bercakap atau perli orang itu memang mudah. Kerana kita nampak nasib kita jauh lebih baik dari nasib dia. Itu yang kita nampak. Adakah kita tahu apa yang dah Tuhan aturkan untuk dia di masa hadapan ? Entah-entah, dia dapat pasangan yang jauh lebih baik dari kita. Anak dia lebih ramai dari anak kita. Anak-anak dia lebih cemerlang dari anak-anak kita. Rezeki dia jauh lebih murah dari rezeki kita. Walaupun dia kahwin lambat.

           
Jadi, mulai hari ini sama-sama elakkan mulut kita dari bertanyakan soalan-soalan macam itu pada orang lain. Terutamanya pada orang yang masih bujang atau yang masih belum dikurniakan anak. Hormati perasaan kita. Bagi saya, orang-orang dari golongan macam ini merupakan orang yang SANGAT TABAH dalam menerima Qada’ dan Qadar Tuhan. Di kala orang lain bergelak ketawa bersama suami dan anak-anak, mereka masih kuat untuk melawan rasa sunyi tanpa suami atau isteri dan anak-anak.


Siapa di dunia ini mahukan rasa sunyi ? Semua orang tidak mahu. Tetapi kalau sudah Tuhan aturkan untuk dia macam itu, siapa kita untuk menghakimi takdir tersebut ? Dan kita jangan lupa, entah-entah di masa depan, mereka jauh lebih bahagia dari kita.

No comments:

Post a Comment