Wednesday, 18 October 2017

Pengenalan Kepada Subjek Aplikasi Komputer



Kuliah pertama disampaikan oleh Dr. Norazila Bt. Mat. Beliau menerangkan mengenai pengenalan kepada fungsi komputer dan cara membina blog sendiri

Kehidupan di UKM

Saya melapor diri di UKM pada 30 September 2017 dan telah memulakan kuliah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian bermula 14 Oktober. Seramai 65 orang pelajar mengikuti pengajian ini.

Blog ini khas diwujudkan bagi memenuhi keperluan subjek EPPD 1063, Aplikasi Komputer oleh pensyarah Dr. Norazila Bt. Mat.

Tuesday, 17 October 2017

RUMUSAN SSSTYL



            Sepanjang tempoh 10 tahun, pelbagai kenangan suka dan duka telah saya lalui bermula di SMK Tendong, kolej, dan hospital. Saya berjaya mendisiplinkan diri saya untuk menepati masa dan bekerja hasil daripada penglibatan saya sebagai Pengawas PSS SMK Tendong. Sesuatu perkara yang jarang dialami dan amat sukar untuk dilakukan oleh orang lain. Sepanjang belajar bersama-sama guru-guru terutamanya bekas Pengetua Kanan iaitu Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj. Wan Yaacob, saya telah menyaksikan SMK Tendong merangkul 60 anugerah di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Kejayaan yang paling bermakna buat beliau sebelum bersara apabila PSS SMK Tendong memenangi pertandingan negeri dan kebangsaan. Kejayaan ini selaras dengan motto sekolah iaitu “Bersama Menghasilkan Kecemerlangan”. Hjh Wan Karimah bukan sahaja berjaya dalam kariernya sebagai seorang pendidik malahan beliau juga berjaya mendidik kelima-lima orang anaknya sehingga kesemua mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara. Selepas anda membaca kisah saya ini, mungkin anda beranggapan saya terlalu rajin dan hebat. Namun, masih ada orang yang lebih hebat daripada saya iaitu Hjh. Wan Karimah. Ini dibuktikan ketika beliau menjadi Pengetua di SMK Tendong dan senarai anugerah yang beliau menangi yang saya sertakan di bahagian lampiran.

Budaya yang cemerlang ini saya terapkan semasa saya belajar di kolej dan hospital. Ternyata hasilnya sangat membanggakan. Oleh itu, saya menggabungkan cerita di sekolah dan di kolej untuk menghasilkan satu kisah yang menarik. Bukan semua orang dapat melakukan dengan apa yang telah saya lakukan kerana ia memerlukan ketabahan, kecekalan, semangat dan disiplin yang tinggi untuk mencapainya. Jika saya dapat melakukannya, anda juga mampu melakukannya juga. Contohilah sikap dan amalan positif yang diamalkan oleh negara timur seperti rakyat negara Jepun dan Korea. Tidak hairanlah mereka lebih berjaya daripada kita dari segi budaya menepati masa, membaca, dan disiplin kerja yang tinggi. Sepanjang saya berpraktikal selama setahun di HRPZ (II) dan KKB, saya telah memberikan yang terbaik dari segi sikap dan disiplin ibarat saya mengambil masa setahun untuk mendaki gunung. Tanpa kemahuan yang kuat dan disiplin yang tinggi, kita tidak akan dapat menakluki puncak gunung itu. Akhirnya, saya berjaya menaklukinya dan saya dapat melihat di pemandangan sekeliling yang amat kecil serta saya merasakan diri saya kelihatan lebih tinggi berbanding dengan mereka.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada bekas penyelaras PSS SMK Tendong, Tn Hj Abd Rahman B. Mahmood, penyelaras kini Pn Siti Zainab Bt. Mohamad dan guru-guru koridor PSS kerana memberi sepenuh kepercayaan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menerajui PSS SMK Tendong yang muncul sebagai salah sebuah perpustakaan terbaik di peringkat negeri Kelantan dan Kebangsaan pada tahun 2006. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua dan jasa anda akan ku kenang sehingga akhir hayat..terima kasih.
  
            Majoriti rakan-rakan saya dalam Kumpulan 57 menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang. Ucapan tahniah buat mereka. Saya tidak mampu untuk meninggalkan kolej dengan keputusan cemerlang dan PNGK yang tinggi. Mereka cemerlang kerana membaca dan menghafal nota selama 3 tahun di kolej tetapi saya juga cemerlang dalam kehidupan kerana saya sentiasa mempelajarinya selama 10 tahun tanpa perlu bersusah payah membaca dan menghafal nota. Namun, ini sahaja yang mampu saya lakukan, berkongsi dan meninggalkannya untuk Program PPF KSKB Sg Buloh. Walaupun begitu, saya seharusnya berbangga dengan diri saya sendiri kerana seramai 111 orang dalam Kumpulan 57, hanya saya seorang  sahaja mempunyai inisiatif untuk menulis buku biografi mengenai kisah kehidupan saya sendiri.


Masih segar di ingatan saya segala nasihat, teguran, sindiran daripada guru-guru di SMK Tendong. Tanpa mereka saya tidak akan berjaya sehingga ke hari ini dan saya tidak akan melalui pengalaman-pengalaman hebat seperti apa yang saya ceritakan secara panjang lebar. Bukan mudah untuk saya menceritakan kembali kisah saya sepanjang 10 tahun lalu kerana banyak kenangan manis dan pahit telah saya lalui. Walaupun saya dibebani dengan banyak tugas dan tanggungjawab sepanjang 10 tahun ini sama ada di sekolah, di kolej, dan di hospital namun saya dapat melaksanakannya dengan begitu baik. 10 tahun yang lalu telah saya lalui dengan jayanya tetapi saya tidak tahu sama ada apa yang akan terjadi kepada diri saya untuk 10 tahun akan datang.

****PRACTICE MAKE PERFECT****

KOMEN SSSTYL



1.     Mastura Mohamad
           mantap ar chua!! experience make us grow with the flow.. success   
           selalu keyh!!
           14 Februari 2012 


2.    Chua Sue Hoon
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........
So proud of u!!!!  haha...
Keep it up k...

no 1 filling 4 d unit dose......... no 1 as rajin as Cai Zhong    An dohhhh....."

ya lar.. i always saw u're d only 1 that do extra works in IPD...
tongue21 Februari 2012


3.    Huey Chin
WAOH!U MEMANG GENG!!:D PROUD TAT U R CHINESE N MY FRD:) GOOD JOB N KEEP IN UP, OKAY, TEH O BENG:p HAHAHAHA:p
21 Februari 2012

ok la teh o beng~
yeah yeah
i knw we cant wait for july!;P
hope they as good as u!
18 May 2012


4.    Terence Foo
alright..looking at it
very good chua..
u hold good positions in school
proud of u man
what u said in ur blog is very true..
about the life in hrpz
about punctuality and discipline.


haha
nice blog man..u ada banyak pencapaian
next time sure successful
coz u r hardworking person.
25 Februari 2012


5.    Ilyn Shakri
wah chua. tahniah tahniah
truskan bkat chua tue ea 
pustakawan ea?
25 Februari 2012


6.    En Mat, KSKB Sg Buloh
Tahniah Chua, saya bangga punya seorang pelatih PPF seperti kamu. Saya berharap kamu berjaya dalam karier kamu nanti.



7.    BADRUL
ok2...hehe...hebat..smpai pengerusi ekh
saya biasa smpai standard naib pengerusi jer
huhu
hehe....mmg bnyak anugerah tu...kami x sampai tahap tu...

wow...memang hebat PSS SMK TENDONG dan Tuan Pengerusinya..heheehe...




8.    DIRA DIN
Saya   : mesti yang join tu budak-budak Universiti, saya lepasan STPM juga tapi tak dapat pergi Universiti pun.

Dira     : ala..abang lain...cikgu ramai kenal..hihi... Ketua library paling dihormati...

Saya   : cikgu masih ingat saya sebab saya masih jenguk mereka.

Dira     : tak adalah..sebab cikgu zainab selalu sebut pasal abang..saya selalu stay kat library dulu kalau ada kelas tambahan..kadang-kadang terjoin sekali mesyuarat dia orang...selalu juga la budak-budak library cakap pasal abang..macam mana abang urus library...kalau kita banyak berjasa ..orang akan ingat kat kita kan....

23 Ogos 2014

Dipetik dari :
a.    Blog saya sendiri iaitu “Kejayaan PSS SMK Tendong...Kebanggaanku Untuk Selama-lamanya”
b.    Facebook