Sepanjang
tempoh 10 tahun, pelbagai kenangan suka dan duka telah saya lalui bermula di
SMK Tendong, kolej, dan hospital. Saya berjaya mendisiplinkan diri saya untuk menepati
masa dan bekerja hasil daripada penglibatan saya sebagai Pengawas PSS SMK
Tendong. Sesuatu perkara yang jarang dialami dan amat sukar untuk dilakukan
oleh orang lain. Sepanjang belajar bersama-sama guru-guru terutamanya bekas
Pengetua Kanan iaitu Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj. Wan Yaacob, saya telah menyaksikan
SMK Tendong merangkul 60 anugerah di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.
Kejayaan yang paling bermakna buat beliau sebelum bersara apabila PSS SMK
Tendong memenangi pertandingan negeri dan kebangsaan. Kejayaan ini selaras
dengan motto sekolah iaitu “Bersama Menghasilkan Kecemerlangan”. Hjh Wan
Karimah bukan sahaja berjaya dalam kariernya sebagai seorang pendidik malahan
beliau juga berjaya mendidik kelima-lima orang anaknya sehingga kesemua mereka
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Selepas anda membaca kisah saya ini,
mungkin anda beranggapan saya terlalu rajin dan hebat. Namun, masih ada orang
yang lebih hebat daripada saya iaitu Hjh. Wan Karimah. Ini dibuktikan ketika
beliau menjadi Pengetua di SMK Tendong dan senarai anugerah yang beliau menangi
yang saya sertakan di bahagian lampiran.
Budaya yang cemerlang
ini saya terapkan semasa saya belajar di kolej dan hospital. Ternyata hasilnya
sangat membanggakan. Oleh itu, saya menggabungkan cerita di sekolah dan di
kolej untuk menghasilkan satu kisah yang menarik. Bukan semua orang dapat
melakukan dengan apa yang telah saya lakukan kerana ia memerlukan ketabahan, kecekalan,
semangat dan disiplin yang tinggi untuk mencapainya. Jika saya dapat
melakukannya, anda juga mampu melakukannya juga. Contohilah sikap dan amalan
positif yang diamalkan oleh negara timur seperti rakyat negara Jepun dan Korea.
Tidak hairanlah mereka lebih berjaya daripada kita dari segi budaya menepati
masa, membaca, dan disiplin kerja yang tinggi. Sepanjang saya berpraktikal
selama setahun di HRPZ (II) dan KKB, saya telah memberikan yang terbaik dari
segi sikap dan disiplin ibarat saya mengambil masa setahun untuk mendaki
gunung. Tanpa kemahuan yang kuat dan disiplin yang tinggi, kita tidak akan
dapat menakluki puncak gunung itu. Akhirnya, saya berjaya menaklukinya dan saya
dapat melihat di pemandangan sekeliling yang amat kecil serta saya merasakan
diri saya kelihatan lebih tinggi berbanding dengan mereka.
Sekalung penghargaan dan
ucapan terima kasih saya kepada bekas penyelaras PSS SMK Tendong, Tn Hj Abd
Rahman B. Mahmood, penyelaras kini Pn Siti Zainab Bt. Mohamad dan guru-guru
koridor PSS kerana memberi sepenuh kepercayaan dan tunjuk ajar kepada saya
untuk menerajui PSS SMK Tendong yang muncul sebagai salah sebuah perpustakaan
terbaik di peringkat negeri Kelantan dan Kebangsaan pada tahun 2006. Hanya
Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua dan jasa anda akan ku
kenang sehingga akhir hayat..terima kasih.
Majoriti rakan-rakan saya dalam Kumpulan 57 menamatkan
pengajian dengan keputusan yang cemerlang. Ucapan tahniah buat mereka. Saya
tidak mampu untuk meninggalkan kolej dengan keputusan cemerlang dan PNGK yang
tinggi. Mereka cemerlang kerana membaca dan menghafal nota selama 3 tahun di
kolej tetapi saya juga cemerlang dalam kehidupan kerana saya sentiasa mempelajarinya
selama 10 tahun tanpa perlu bersusah payah membaca dan menghafal nota. Namun,
ini sahaja yang mampu saya lakukan, berkongsi dan meninggalkannya untuk Program
PPF KSKB Sg Buloh. Walaupun begitu, saya seharusnya berbangga dengan diri saya
sendiri kerana seramai 111 orang dalam Kumpulan 57, hanya saya seorang sahaja mempunyai inisiatif untuk menulis buku
biografi mengenai kisah kehidupan saya sendiri.
Masih
segar di ingatan saya segala nasihat, teguran, sindiran daripada guru-guru di
SMK Tendong. Tanpa mereka saya tidak akan berjaya sehingga ke hari ini dan saya
tidak akan melalui pengalaman-pengalaman hebat seperti apa yang saya ceritakan
secara panjang lebar. Bukan mudah untuk saya menceritakan kembali kisah saya
sepanjang 10 tahun lalu kerana banyak kenangan manis dan pahit telah saya
lalui. Walaupun saya dibebani dengan banyak tugas dan tanggungjawab sepanjang
10 tahun ini sama ada di sekolah, di kolej, dan di hospital namun saya dapat
melaksanakannya dengan begitu baik. 10 tahun yang lalu telah saya lalui dengan
jayanya tetapi saya tidak tahu sama ada apa yang akan terjadi kepada diri saya
untuk 10 tahun akan datang.
****PRACTICE MAKE PERFECT****
No comments:
Post a Comment