Tuesday, 17 October 2017

Kehidupan kita sebagai penulis skrip, pengarah, dan pelakon filem



Kehidupan kita sebagai penulis skrip, pengarah, dan pelakon filem

            Kita banyak menghabiskan masa lapang dengan menonton filem, biasanya kita akan memilih filem yang hebat dan menarik untuk ditonton. Apabila kita sudah menyukai plot cerita filem itu, kita akan menontonnya berkali-kali tanpa rasa bosan. Pernahkah kita terfikir, mengapa jalan cerita filem tersebut hebat ? jawapannya kerana filem itu dihasilkan daripada skrip yang menarik, mudah difahami dan diarahkan oleh seorang pengarah yang hebat. Begitu juga dengan kehidupan kita, sama seperti pelakon filem. Anda tidak perlu rasa kecewa kerana tidak berpeluang untuk berlakon dalam filem. Sebenarnya kita sendiri boleh menjadi penulis skrip yang hebat dengan melalui pengalaman manis dan pahit dalam kehidupan kita. Pelakon filem akan menghafal skrip itu untuk menghasilkan lakonan yang mantap. Kita menghafal skrip kehidupan kita dengan mempraktikkannya secara berterusan. Filem yang bagus dihasilkan oleh seorang pengarah yang berkaliber dan kita juga boleh menjadi pengarah filem dengan berkongsi ilmu pengetahuan kepada orang lain. Kita boleh menjadi insan yang cemerlang dengan kita sendiri menulis skrip, melakonkannya, dan mengarahkannya dengan cara tersendiri. Contohnya, seperti allahyarham Tan Sri. Dr. P. Ramlee. Filem-filem beliau masih lagi ditayangkan di kaca televisyen dan tidak jemu untuk ditonton walaupun disiarkan berulang-ulang kali.

No comments:

Post a Comment