Tahukah kita adab-adab
menegur kesalahan orang ? Nak menegur kesalahan orang ada adab dia....ada etika
dia. Bukan suka main tegur je setiap kesalahan orang. Kamu semua harus tahu
beza antara menegur dan menghina. Nak menegur kesalahan orang haruslah beradab
dan penuh hormat. Hormat kat sini bukan saya maksudkan kamu semua harus tunduk
sembah dia terlebih dahulu sebelum kamu tegur kesalahan dia, maksud saya biar
la beretika. Bukan dengan cara yang boleh mendatangkan perasaan malu kepada
orang yang ditegur tu. Tersangat ramai dalam kalangan kita, bila menegur je
pasti dengan penuh kasar dan biadab.....intonasi yang bongkak dan bangga.
Umpama diri tu sahaja yang betul. Seboleh mungkin kita nak khalayak marhean
tahu teguran kita kepada si pulan tu. Dan, harus kita ingat.....jangan sesekali
kita mencari kesalahan kawan kita semata2 untuk menegur dan memalukannya di
depan khalayak. Usahlah kita menyelinap masuk ke dalam kehidupannya semata2 mahu
mencari kesalahan yang belum tentu kesalahan itu sebenar2 kesalahan. Menyindir.
Saya lihat sekarang ni berleluasa trend menegur secara menyindir. Dah jadi
macam wabak pula. Trend sebegini juga sepatutnya dielakkan. Apa motifnya kamu
semua menyindir kawan yang buat salah tu, cakap dan nasihat la elok2. Menyindir
tu bukan menegur dan menasihati tetapi lebih kepada penyakit hati. Apabila kita
ingin menegur seseorang, tegurlah sebagaimana kita ingin diri kita ditegur.
Letakkan diri kita pada tempat orang yang kita hendak tegur tu dulu sebelum
kita memuntahkan kata2 teguran kepadanya. Nasihat la dengan hati, bukan nasihat
dengan emosi.
No comments:
Post a Comment