Saturday, 14 October 2017

Sekapur Sireh

Sekapur Sireh

Dipetik daripada buku biografi yang ditulis oleh saya sendiri iaitu Siapa Saya 10 Tahun Yang Lalu Edisi Keempat...

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya hormati sekalian. Bersyukur kepada Tuhan kerana saya masih dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dan berpeluang untuk menulis buku mengenai SIAPA SAYA 10 TAHUN YANG LALU untuk edisi keempat. Ramai yang tidak mengetahui kisah ini kerana saya merahsiakannya daripada pengetahuan rakan-rakan saya sehinggalah saya menceritakannya secara panjang lebar kepada sahabat baik saya iaitu Wan Mohamad Sukree B. Wan Ismail. Ini membuatkan saya tergerak hati untuk menulis kembali kisah ini dalam blog bertajuk “Kejayaan PSS SMK Tendong...Kebanggaanku Untuk Selama-lamanya”  bermula pada bulan Januari 2012. Selepas penghasilan blog tersebut, saya telah mendapat inspirasi dengan menulis dalam bentuk buku. Ini merupakan kali keempat saya mengemaskini isi kandungannya selepas penghasilan buku saya untuk pertama kali pada Disember 2012.



Ucapan terima kasih saya tujukan kepada keluarga saya yang banyak menyokong saya selama ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak berkaitan yang banyak memberi panduan, nasihat, tunjuk ajar, dan dorongan yang tidak dapat saya nyatakan di sini kerana jumlahnya terlalu ramai. Tanpa, mereka saya tidak akan mampu untuk bertahan sehingga ke hari ini. Oleh itu, saya menyediakan satu ruangan dedikasi untuk mereka. Akhir sekali, saya berharap anda semua mendapat input yang berguna setelah membacanya. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment