Tuesday, 17 October 2017

KEHIDUPAN SAYA DI KOLEJ DAN DI HOSPITAL


Semester 3

Semester 3 merupakan semester yang mencabar buat saya dan rakan-rakan yang lain kerana terpaksa belajar 8 subjek termasuk menyediakan proposal untuk subjek Kaedah Penyelidikan. Saya dilantik selaku AJK Fotostat kelas semasa akhir semester 2. Jawatan ini amat besar tanggungjawabnya kerana terpaksa menguruskan semua nota-nota dan memerlukan sifat amanah ketika memegang duit bayaran fotostat. Bukan itu sahaja, saya perlu berhadapan dengan kerenah rakan-rakan saya yang melengah-lengahkan bayaran duit fotostat apabila diminta. Selain tu, ada juga masalah dari pensyarah-pensyarah sendiri yang lambat untuk memberi nota kepada kami. Mujurlah saya dibantu oleh Gan Khian Fie untuk melaksanakannya.  Cara kami bekerja ialah tidak melengah-lengahkan nota yang diberi dan terus difotostat untuk diedarkan kepada rakan sekelas.


Semester 4

Semester 4 merupakan peluang untuk kami menimba pengalaman bekerja di hospital melalui latihan praktis. Saya membawa budaya kerja yang penuh dengan disiplin sejak zaman persekolahan iaitu datang bekerja awal  dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Rekod kehadiran saya seawal jam 7.13 pagi dan paling lewat ialah pada jam 7.29 pagi, rekod ini dapat saya kekalkan bermula dari Julai 2011 sehingga Mei 2012 dan menyamai rekod kehadiran saya terdahulu sewaktu saya menjadi Pengerusi Unit Perpustakaan (2005) dan Pengerusi PSS (2007). Saya memulakan tugas di OPD dengan kawasan bekerja yang agak sempit. Kami juga ditugaskan untuk membantu PPF di unit Klinik Psikiatrik  sekali seminggu mengikut giliran.



LP saya iaitu Tn. Hj. Abd. Rahman (PPF U40), bersara pada pertengahan bulan Oktober. Oleh itu, tugas beliau diambil alih sementara oleh Tn. Hj. Khairuddin (PPF U38). Beliau telah banyak membuat pembaharuan dari segi pembahagian tugas kepada pelatih dan merangka susunan ubat-ubatan baharu di sub-stor. Kebetulan dalam jadual giliran saya ditempatkan di unit berkenaan bermula dari 23 Oktober 2011 sehingga 3 November 2011. Kebiasaannya pelatih-pelatih terdahulu bekerja tanpa tekanan di unit sub-stor kerana sekadar merekod dan membekalkan ubat kepada OPD, IPD, dan Farmasi Satelit sehinggakan di situ menjadi tempat kegemaran bagi pelatih untuk bersembang. Namun begitu, keadaan sebaliknya berlaku kepada saya kerana sebaik sahaja saya ditempatkan di unit sub-stor, saya menghadapi beban kerja yang terlampau banyak berikutan banyak pembaharuan yang diperkenalkan oleh Hj. Khairuddin. Hj. Khairuddin telah mengarahkan saya menyusun kembali ubat-ubatan di dalam sub-stor. Memburukkan lagi keadaan apabila hanya saya seorang sahaja pelatih yang ditempatkan di situ dan saya hanya dibantu oleh PPF U32 iaitu En. Nik Hazlan bagi menyusun kembali ubat-ubatan di sub-stor. Susunan terdahulu ialah mengikut pengkelasan farmakologi dan susunan yang beliau inginkan ialah mengikut urutan abjad dari huruf A sehingga huruf Z. Saya juga perlu menyenaraikan dan menyusun kembali ubat-ubat mata, telinga, dan inhalasi berjumlah 50 jenis mengikut turutan abjad, kerana susunan terdahulu adalah secara rawak dan tidak teratur.

Tugas saya tidak berhenti di situ sahaja kerana pada minggu berikutnya Hj. Khairuddin memberi tugasan kepada saya untuk menyediakan Bin Kad baharu bg ubat-ubatan “List A” dan melengkapkan senarai nombor bin kad bagi kategori ubat-ubatan di HRPZ II. Saya juga turut dibebani dengan stok banyak yang baharu diinden oleh En Nik Hazlan dan perlu menyusun kembali ubat-ubat tersebut mengikut huruf yang telah ditetapkan. SEMUA TUGASAN ini berjaya disempurnakan oleh saya sendiri dalam masa 2 MINGGU dengan bantuan En. Nik Hazlan dan TANPA BANTUAN WALAU SEORANG PUN DARI RAKAN-RAKAN PELATIH SENDIRI. Sehingga kini, susunan ubat yang saya susun dahulu masih kekal sehingga sekarang. Beban kerja saya juga bertambah apabila saya diarahkan oleh Hj. Khairuddin untuk bekerja di OPD disebabkan ramai pelatih yang bercuti. Hj. Khairuddin menghormati saya sehinggakan beliau menegur saya terlebih dahulu apabila berselisih dengan saya ketika waktu pagi sebelum masuk bekerja. Ini juga sebagai penghormatan buat diri saya sebagai pelatih yang mewakili KSKB Sg Buloh. Sebelum saya menamatkan latihan praktis untuk semester 4, saya mendapatkan markah untuk pengisian buku log dan sempat bersalaman dengan beliau sebelum kembali ke kolej untuk menduduki peperiksaan.


Ringkasan tugasan saya di sub-stor selama 2 minggu bersama En Nik  
Hazlan 


1.    Menyusun kembali kesemua ubat-ubat tablet daripada mengikut pengkelasan farmakologi kepada susunan abjad dari A sehingga Z tanpa mengira pengkelasan farmakologi ubat tersebut.

2.    Menyenaraikan dan menyusun kembali kesemua ubat-ubat mata, telinga, dan inhalasi yang kesemuanya berjumlah 50 jenis mengikut turutan abjad. Susunan asal ialah secara rawak dan kelihatan tidak teratur.

3.    Menyediakan Bin Kad baharu bagi ubat-ubatan “List A”.

4.    Melengkapkan senarai nombor bin kad bagi ubat-ubat yang nombor bin kadnya tiada.

5.    Dibebani dengan stok banyak yang baharu diinden oleh En Nik Hazlan dan perlu menyusun kembali ubat-ubat tersebut mengikut huruf yang telah ditetapkan.

Semester 5

Sebelum saya memulakan latihan praktis untuk semester 5, saya dapati jadual kerja saya berlainan dengan rakan-rakan yang lain. Kebiasaannya, pelatih-pelatih menjalani praktikal di Farmasi Bekalan Wad dan Klinik Kesihatan selama dua bulan berturut-turut. Berbeza dengan saya apabila Hj. Khairuddin mengatur jadual kerja selama sebulan di IPD, dua bulan di Klinik Kesihatan dan kembali ke hospital selama sebulan di Farmasi Satelit. Apabila difikirkan kembali, mungkin Hj. Khairuddin berbuat demikian kerana saya telah banyak menolong beliau di Unit Sub-Stor dan beliau menyediakan jadual untuk saya yang agak berlainan berbanding dengan orang lain. Namun begitu, jadual saya ini diubah pada saat-saat terakhir kerana menghadapi masalah kekurangan pelatih. Akhirnya, jadual kerja saya sama seperti rakan-rakan yang lain. Walau bagaimanapun, saya mengalami tekanan fizikal dan mental kerana sebaik sahaja saya memulakan tugas di Farmasi Satelit, Pn. Maisom Bt. Hamat (PPF U38) tidak sempat menyediakan jadual untuk kami selama sebulan kerana beliau keliru dengan perubahan jadual yang telah dilakukan oleh Hj. Khairuddin. Tambahan pula, Farmasi Satelit adalah unit yang paling sibuk jika dibandingkan dengan unit-unit lain kerana di sana melibatkan pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit yang menerima rawatan di dalam wad. Saya akan menceritakannya secara lebih lanjut di bahagian yang seterusnya.



No comments:

Post a Comment