Tuesday, 17 October 2017

Masih Bujang ? Relakslah !



Masih Bujang ? Relakslah !

Diskriminasi berlaku di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Bujang emas juga tidak terkecuali. Cuba kita lihat di mana-mana tempat bekerja. Acap kali bila masuk bab terpaksa bekerja pada hari-hari perayaan besar tertentu misalnya, ‘oh… bagi kat ;si polan tu. Orang bujang tak ada anak. Kita orang ada keluarga, ada anak, kena beri keutamaan.

Saya sendiri sebagai bujang emas sering kali pernah dilemparkan dengan pertanyaan seperti : “Kau balik awal pun nak buat apa? Kau bukannya ada anak.”

“Apa kau buat? Setahu aku, orang bujang ni kerja dia membuta aje.”

Dan lagi, dan lagi, dan lagi…

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,

Ketahuilah, orang bujang juga ada kehidupan mereka sendiri. Ada tanggungjawab sendiri. Persepsi yang mengatakan orang-orang bujang ini ada banyak waktu terluang, balik kerja boleh goyang kaki, tidak sesibuk orang yang berumah tangga perlu diperbetulkan. Tidak semua orang bujang, senang begitu sebagaimana orang yang telah berumah tangga. Tidak semua orang yang berumahtangga sentiasa sibuk menguruskan hal rumah tangga masing-masing. Ada juga orang yang sudah berkeluarga tetapi mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga dan berseronok mengalahkan orang bujang. Ada juga orang bujang yang berat tanggungjawabnya, menjaga ayah bonda dan menyara adik-adik yang masih bersekolah untuk meneruskan kehidupan dalam kepayahan dan serba kekurangan.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, jangan sewenang-wenangnya meletakkan persepsi bahawa semua orang bujang itu tidak mempunyai tanggungjawab sebagaimana mereka yang sudah berkahwin. Apakah hanya orang yang telah berkahwin sahaja ada keluarga? Apakah ayah dan ibu orang bujang tidak di kategori sebagai keluarga?

31 Mei 2014 at 19:44
1 Jun 2015 at 22:37


KOMEN

1.    Juan Aky ..
Betul...diorang ni teruk laa..kerja hujng minggu bg kat orng bujang....dia orang goyang kaki kat umhh....bodo kan...
 1 Jun 2015 at 22:55
( Absah Awang, Cesc Faizal and I LIKE this comment )

2.    Cesc Faizal
Saba2..relax..bekeng molek demo..he he
1 Jun 2015 at 23:17
(I LIKE this comment )

3.    Absah Awang
ya la. betulla chua.
1 Jun 2015 at 23:17
(I LIKE this comment )

4.    Siti Rostymar
Sangat betul.....siapa cakap org single nie xde life.
1 Jun 2015 at 23:56
( Absah Awang and I LIKE this comment )


5.    Che Shemaa
patutnya x perlu org yg dah kahwin fikir org yg bujang trang tang tang ni lifeless.. memang ada yg demikian.. tp masih ramai lg org bujang yg ada kerja sendiri lepas waktu pejabat..

saya pernah bujang.. dan sekarang dah punya keluarga sendiri.. mohon hormat lah pada rakan sekerja.. xkira bujang atau dah kahwin.. masing2 ada life sendiri.. kalau bujang pon xsemesti hidup kena abdikan diri dengan farmasi / kerja aje..!
2 Jun 2015 at 09:27
( Absah Awang and I LIKE this comment )

6.    Sopna Rao
Biasalah org..fikir dia je!!!
2 Jun 2015 at 13:19
( Absah Awang and I LIKE this comment )

7.    Muhammad Naim
Cepat mintak pindah chua..kamu akn lebih dihargai slepas itu
2 Jun 2015 at 23:52
(I LIKE this comment )


8.    Mizatul Izzah
Hihi pedas n padat
3 Jun 2015 at 03:10
(Alang Budiman and I LIKE this comment)

9.    Alang Budiman
Good read Cai. Respect! I ada kawan dah kahwin pun N anak berderet, tapi keje lipas kudung dan x pernah nak lepaskan pd yg bujang emas saja. She well perform. Org yg main lepas ni hanya org yg banyak beralasan.
Sebaliknya Malang pula kalau dpt bujang tp beribu alasan. Ermmm
10 Jun 2015 at 18:39
(I LIKE this comment )

10. Cai Zhong An
Good comment Alang Budiman, saling melengkapi.
10 Jun 2015 at 19:57
(I LIKE this comment )

11. Nurul Syahira
agreeeeee! J
31 Mei 2014 at 19:46


12. Cik Ateh
J
31 Mei 2014 at 19:50


13. Ina Mohamad
Nice.. totally true
31 Mei 2014 at 20:10

14. Nur Syahirah
Well said chua!
31 Mei 2014 at 20:12

15. Endriano Ang
totally agree with u chua
31 Mei 2014 at 20:13


16. Noor Aini Esa
31 Mei 2014 at 21:55 · Like

17. Juan Aky ..
agree..... orng bujang punn ada nafas untuk bernyawa,,,,, ad faham...
1 Jun 2014 at 00:47 · Like · 1

18. Radzuan Zainuddin
sgt3 bstuju..
1 June 2014 at 13:13 · Like

19. Sek Tendong
Jangan membujang lama sangat.
1 June 2014 at 17:02 · Like
 

No comments:

Post a Comment